Rabu, November 09, 2016

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu beliau sudah menghubungi pejabat DUN negeri itu untuk menetapkan tarikh bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan ke atasnya oleh penggantinya, Datuk Seri Azmin Ali, berhubung tawaran pampasan kepada SPLASH.

Azmin sebelum ini menuduh Khalid menawarkan SPLASH atau Syarikat Pengeluar Air Selangor, nilai pampasan sehingga RM2.9 bilion selain gagal memaklumkan perkembangan pengambil alihan aset kepada DUN Selangor, sewaktu menjadi menteri besar.

Azmin membuat tuduhan itu selepas kerajaan negeri pimpinannya dipersoal berikutan dikatakan hampir bersetuju untuk membayar sejumlah RM2.7 bilion kepada SPLASH walaupun tawaran asal kepada syarikat itu adalah berjumlah RM250 juta sahaja.
"Menteri Besar Selangor juga mengeluarkan kenyataan akhbar seolah-olah mencabar saya untuk memberi penerangan tentang tawaran RM2.9 billion kepada SPLASH pada 2009. Sekali lagi saya ulang bahawa cabaran itu dibuat tanpa menjawab persoalan pokok.
"Namun begitu, berlandaskan prinsip-prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti yang saya pegang selama ini, saya bersetuju untuk hadir di Dewan Negeri Selangor bagi memberi penerangan terperinci berkenaan tawaran-tawaran yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri sepanjang saya diamanahkan jawatan Menteri Besar,
"Pihak saya telah pun menghubungi pejabat Dewan Negeri Selangor untuk menetapkan satu masa yang sesuai bagi memberi laluan kepada saya memberi pencerahan di samping menjawab sebarang pertanyaan berkenaan isu ini secara komprehensif, berhemat dan matang," demikian memetik kenyataan media Khalid, hari ini.
Azmin pada Selasa meminta Khalid menjawab tuduhannya di DUN Selangor berhubung tuduhannya itu. Azmin kemudiannya mendakwa pihaknya mempunyai dokumen dan surat yang membuktikan tuduhan tersebut sewaktu Khalid menerajui Selangor.

Khalid bingkas menepis dakwaan berkenaan, dengan berkata ia sengaja dicetuskan Azmin kerana mahu mengalih perhatian terhadap persetujuannya untuk membayar tuntutan SPLASH, dengan harga 10 kali ganda lebih tinggi.

IRONIKnya, sebelum ini, sewaktu perlaksanaan Langkah Kajang, puak PKR tu mendakwa bahawa salah satu alasan mereka mahu Khalid Ibrahim melepaskan jawatan adalah disebabkan tawaran yang terlalu tinggi dibuat kepada SPLASH.

Dalam dakwaan mereka pada ketika itu, mereka menuduh Khalid menyalah-gunakan dana rakyat dengan membuat tawaran yang terlalu mahal harganya dari harga asal. Tapi hakikatnya, bila Si Azmin tu ambik alih, benda yang sama juga dia buat.

Walhal persoalan yang dibangkitkan sekarang, kenapa pihak Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin tu membuat tawaran yang terlalu tinggi dan melakukan pembaziran Dana Rakyat sehingga mencecah hampir sebanyak RM 2.7 billion?

Pokok pangkalnya, Si Azmin tu takde buat sebarang perubahan pun terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada Khalid Ibrahim sebelum ini. Sebaliknya, dia tetap juga membuat tawaran kepada SPLASH dengan harga yang terlalu mahal dari yang sepatutnya dibayar untuk mengambil alih entiti tersebut!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping