Jumaat, November 04, 2016

Inilah cara Politik Longkang yang sudah biasa menjadi amalan Si Menteri Besar Selangor ni. Cara paling mudah untuk dia 'membunuh' orang lain adalah dengan menghalang Hak seseorang itu bersuara waima didalam sidang DUN sekali pun.

Selepas dihalang, Si Menteri Besar Selangor tu pulak yang bangkit membuat pelbagai tuduhan dengan mencipta persepsi buruk terhadap wakil rakyat tersebut tanpa memberi sebarang ruang dan peluang untuk mereka membela diri.

Perkara itu berlaku sewaktu Si Menteri Besar Selangor tu membuat dakwaan terhadap Khalid Ibrahim yang dituduh bertanggungjawab membuat tawaran sebanyak RM 2.9 billion untuk membeli Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).

Si Menteri Besar Selangor tu mendakwa kononnya Khalid bertanggungjawab membuat tawaran tersebut sewaktu dia masih lagi menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dan gagal untuk memaklumkannya dalam sidang Dewan sebelum ini.
“Saya ingin menegaskan di dalam dewan ini, Kerajaan Negeri tidak mahu mengulangi amalan lalu. Pentadbiran sebelum ini menyatakan nilai tawaran pengambilalihan ke atas SPLASH adalah sebanyak RM250 juta dan inilah angka diuar-uarkan seantero dunia.
"Namun orang sama tidak pernah memaklumkan kepada dewan ini berkenaan tawaran RM2.975 bilion dibuat kepada SPLASH melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya 19 Julai 2009. Ia dengan pecahan seperti berikut iaitu nilai ikuiti sebanyak RM1.579 bilion dan nilai liabiliti sebanyak RM1.396 bilion,” kata Azmin.
Tetapi IRONIKnya, sebelum ini, Si Khalid Ibrahim tu telah dihalang oleh Speaker Dewan dari mengajukan soalan lisan mengenai jumlah pampasan yang dibayar oleh pihak Rejim Pakatan Selangor untuk mengambil alih aset daripada SPALSH.

Menurut laporan yang disiarkan, soalan yang mahu dibangkitkan oleh Bekas Menteri Besar Selangor itu dihalang oleh Pejabat Speaker Dewan dengan memberikan alasan kononnya soalan itu hanya berdasarkan kepada 'andaian' semata - mata.
"Saya bertanyakan sekiranya Exco Selangor telah bersetuju menaikkan nilai pampasan ekuiti pengambilan syarikat pengeluaran air Selangor (SPLASH) daripada RM250.6 juta kepada RM2.7 bilion. 
"Perincian justifikasi keputusan tersebut serta punca dana dan plan membaiki transcity tersebut. Saya diberitahu Pejabat Speaker menolak kerana ini terlalu andaian," katanya.
Secara tidak lansung, provokasi yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu terhadap ADUN Klang menonjolkan sifat Retorik kepimpinan yang diterajuinya pada ketika ini dan sekaligus merosakkan sistem Demokrasi yang wujud di Negara ini.

Apa yang jelas, tindakan tidak demokratik yang dilakukan oleh pihak Rejim Pakatan pimpinan Si Menteri Besar Selangor itu membuktikan bahawa mereka ni jenis manusia yang 'Takut Pada Bayang - Bayang Sendiri'. Apa yang mampu diorang buat ialah berselindung disebalik kuasa, tapi takut bila ada pihak yang nak bersuara bagi pihak rakyat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping