Selasa, November 08, 2016

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat kenyataan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).

Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata siasatan itu perlu memandangkan kenyataan Khalid menyentuh soal tadbir urus dan integriti kerajaan negeri.

"Ini merupakan isu integriti yang harus dilihat secara serius kerana ia dikaitkan dengan penggunaan duit rakyat. Kenyataan Tan Sri Khalid merupakan satu kenyataan yang mempunyai fakta yang perlu dijawab oleh kepimpinan kerajaan negeri Selangor," katanya kepada pemberita di Parlimen semalam.

Abdul Khalid sebelum ini menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengatakan kerajaan Selangor ketika di bawah pimpinannya  menawarkan sebanyak RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti SPLASH antara 2008 dan 2014.

Mohamed Azmin baru-baru ini dilaporkan mendakwa Abdul Khalid, sewaktu memegang jawatan menteri besar tidak pernah memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada Splash melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya pada 19 Julai 2009.

Sementara itu ketika ditanya jika Barisan Nasional Selangor akan membuat laporan kepada SPRM berhubung kenyataan Abdul Khalid itu, Irmohizam berkata mereka akan mendapatkan dahulu kenyataan balas daripada kerajaan negeri Selangor.

Tambahnya kenyataan Abdul Khalid itu perlu dijawab kerana ia menimbulkan spekulasi dalam kalangan rakyat mengenai tadbir urus air yang dilihat semakin lemah dan menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat negeri Selangor.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. SPRM perlu siasat kes ini kerana ia melibatkan wang rakyat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping