Jumaat, November 25, 2016

Heh! Heran apa sangat la kalau Si Rafizi tu letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR ye tak. Takde siginifakan lansung terhadap rakyat. Yang pasti, perletakkan jawatan tu hanya sekadar mainan taktik Politik Retorik PKR je semata - mata.

Mungkin dikala ini, ada dikalangan kartel Si Azmin tu sedang bersorak sakan diatas tindakan yang telah dilakukan oleh Si Rafizi tu. Mungkin juga ada yang turut berjoget - joget sambil meluahkan penghinaan "Padan Muka" sesama mereka sendiri.

Cuma persoalannya, kenapa Si Rafizi tu hanya melepaskan jawatan lantikan sahaja? Kenapa dia tak nak lepaskan jawatan Naib Presiden dalam parti atau pun jawatannya sebagai Ahli Parlimen Pandan yang disandang pada ketika ini?

Apa yang jelas, tindakan Si Rafizi melepaskan jawatan Setiausaha Agung PKR itu hanya semata - mata untuk menagih sokongan simpati murahan dari kalangan rakyat terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh pihak mahkamah sebelum ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PKR hari ini, dia mendakwa perletakkan jawatan Si Rafizi tu telah dimaklumkan sejak setahun yang lalu sekaligus memberikan gambaran bahawa Si Rafizi tu memang tau dia dah buat salah.
"Saya menerima surat peletakan jawatan Rafizi sebagai setiausaha agung yang disampaikan di tangan saya hari ini. Peletakan jawatan ini dibincangkan terlebih dahulu mengambil kira kemungkinan beliau dijatuhkan hukuman ke atas pertuduhan yang dibawa terhadap beliau.
"Beliau telah memaklumkan kepada saya sejak setahun lalu untuk melepaskan jawatan sekiranya beliau disabitkan kesalahan yang melucutkan kelayakan beliau memegang jawatan di dalam organisasi PKR," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
Jika dilihat dari satu sudut, pada hakikatnya, Si Rafizi tu sedar akan tindakan yang telah dilakukannya sebelum ini adalah salah disisi undang - undang. Tetapi sebab dia rasa yang dia 'Kebal' dari sebarang tindakan, maka sebab itu dia buat juga.

Jadi, secara kesimpulan mudahnya, Si Rafizi tu tau yang dia sendiri yang cari penyakit. Maka sekarang, memang patut dia tanggung pun kesalahan yang telah dilakukannya. Jangan pulak lepas ni ada yang mendakwa kononnya dia dizalimi.

Yang menjadi persoalannya, bukan sebab dia membocorkan dokumen berkaitan dengan 1MDB tu. Tetapi sebab dia memiliki dokumen tersebut tanpa mendapat sebarang kebenaran dari pihak yang berkenaan. Itu kesalahan yang telah dilakukan.

Kalau nak kata Si Rafizi tu dijatuhkan hukuman kerana membocorkan isu mengenai 1MDB tu kepada umum, orang lain pun buat benda yang sama. Malah Si Tony Puaka yang mempunyai otoriti untuk memiliki dokumen tu pun buat benda yang sama.

Tapi dek kerana Si Rafizi tu terlalu Ghairah nak mencari Publisiti Murahan dan dianggap sebagai seorang Hero membuatkan dia dijatuhkan hukuman sedemikian. Sedangkan Si Tony Puaka tu takde pulak kena sebarang tindakan undang - undang. Dalam erti kata lainnya, Si Rafizi tu hanya sekadar berjaya 'MEMBODOHKAN' diri dia sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Asalkan boleh jadi kambing hitam itulah yang terbaik.....muahhhh.

    BalasPadam
  2. Dah retak sebenarnya pkr ni. Tunggu masa pecah berkecai.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping