Ahad, November 20, 2016

Maka, habis la sudah perhimpunan Bershit tajaan Yahudi yang dianjurkan oleh puak - puak Pakatan Haprak tu semalam tanpa meninggalkan sebarang faedah yang mampu memberikan sebarang jaminan kebajikan kepada rakyat di Malaysia.

Tak kira la berapa jumlah sekali pun puak Pakatan tu berjaya kumpul kali ini. Jika laporan yang didedahkan sebelum ini, anggarannya hampir 30 ribu. Ada yang kata 50 ribu. Waima 1 juta sekali pun yang hadir, rakyat tetap seperti biasa juga.

Cuma yang herannya, kenapa puak - puak Bershit tu tak nak 'Bersih'-kan Si Menteri Besar Selangor tu yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal hangat berhubung kontroversi pengambil-alihan semua aset yang dimiliki oleh SPLASH?

Kalau sebelum ini, diorang sibuk mempertikaikan pihak Kerajaan Barisan Nasional yang didakwa menyeleweng sedangkan dalam masa yang sama, puak Pakatan Haprak tu pun apa kurangnya? Adakah diorang tu 'Maksum' sangat?

Melalui pendedahan yang dibuat sebelum ini, Si Menteri Besar tu telah didesak agar dia mendedahkan jumlah sebenar Dana Rakyat Selangor yang digunakan untuk mengambil-alih ekuiti syarikat tersebut secara terang - terangan.

Perkara itu perlu dilakukan memandangkan ada pihak yang membuat dakwaan kononnya Rejim Pakatan yang dipimpin oleh Si Menteri Besar tu telah menyeleweng Dana Rakyat negeri tersebut sehingga melibatkan jumlah yang cukup besar.

Tampil membuat pendedahan tersebut, Bekas Menteri Besar Selangor tu menyatakan secara terbuka bahawa tindakan yang dilakukan oleh Rejim Pakatan yang didakwa telah membelanjakan hampir RM 2.7 billion itu sebagai satu pembaziran.

Sebaliknya kata Khalid Ibrahim, jumlah sebenar pampasan yang perlu dibayar oleh Rejim Pakatan Selangor tu kepada SPLASH hanya sebanyak RM 250 juta sahaja bagi tujuan pengambil-alihan seluruh ekuiti syarikat tersebut sebelum ini.

Namun, SI Menteri Besar Selangor tu enggan mendedahkan jumlah tersebut dan mula membuat tuduhan terhadap Si Khalid Ibrahim tu dengan mendakwa dia yang bertanggungjawab memberikan tawaran yang sebegitu tinggi kepada SPALSH.

Apa yang jelas, penyelewengan terhadap Dana Rakyat yang dikatakan berjumlah hampir sebanyak RM 2.7 billion itu tetap juga tidak dijelaskan oleh Si Menteri Besar Selangor tu seperti mana yang telah didesak pelbagai pihak sebelum ini.

Maka persoalannya, kenapa isu seperti itu hanya didiamkan sahaja oleh puak - puak Bershit ni? Adakah mereka lebih mengutamakan perjuangan seorang individu yang kecewa dengan pihak Kerajaan sehingga sanggup mengabaikan kepentingan rakyat?

Kesimpulan mudahnya, tindakan puak - puak Pakatan Haprak tu menganjurkan perhimpunan Bershit semalam hanya sekadar membuang masa kerana jelas tuntutan yang mereka lakukan tidak la se-BERSIH mana sangat pun. Sebaliknya, rakyat di Negeri Selangor sehingga ke hari ini terpaksa juga menanggung derita sebab Takde Air!!!
Categories: ,

7 ulasan:

  1. Ko bising2 pun adakah ko dah repot SPRM?rakyat sekarang paham sesiapun buat salah mesti direpot untuk tindakan pihak berkuasa..bukan kokok kuat2...perompak mesti dihukum bukan dilindungi..betol tak?

    BalasPadam
  2. Bersih5 dah berjaya bagi isyarat jelas kpd najib dan. umno akan tumbang dlm pru14..ramai melayu enggan turun bersama merah sokong perompak..

    BalasPadam
  3. Yang jadi penentunya bukan bersih, majoriti bersih adalah Cina DAP. Kerusi parlimen dg majoriti Cina ada 55 kerusi sahaja. Kalau Cina menang semua kerusi majoriti Cina pun belum tentu boleh memerintah tanpa kerusi parlimen campuran Melayu/Cina atau majoriti Melayu.
    Oleh itu penentunya bukan kroni Bersih, penentunya adalah parti PAS yg mempunyai akar umbi yg lebih ramai selepas BN.


    BalasPadam
  4. Bershit 5 dipimpin ketua penyamun malaysia yg dah nyanyuk......hahaha.....semua dah kena nasik kangkang madey

    BalasPadam
  5. Pru14... Pakatun kalah lagi.. demo lagi kata tak bershit..rakyat silence majority akan hukum korang.. tak percaya? Kita tgu dan lihat

    BalasPadam
  6. Aku teringat masa zaman Madey selepas Anwar disingkir dari kabinet, himpunan Bersih diadakan minta tukar kerajaan, singkirkan Madey ....sekarang dah versi 5 . Ko ingat Najib bodoh ka. Siapa yang kena bodohkan. Tak lain dan tak bukan Si Madey, Midin dan peserta himpunan Bersih 5 ... Betul betul sandiwara lah Si Madey dan Si Midin. Maklumlah menjilat ludah sendiri.

    Korang begitu gah tentang kedatangan peserta baju kuning. Lupakah kamu peristiwa yang sama dulu tetapi BN/UMNO masih lagi menang.

    Madey dah mati akal ..... LGE, LKS, Anwar ketawa terdekah2 tengok melayu baju kuning ... Anwar tersenyum (Aku bakal PM), Mukhris terkebil2 (Boleh ke aku jadi PM) Midin pulak senyum dalam tangisan (Camna aku nak jadi PM)

    Walau apa pun tohmahan yang diberikan kepada Najib, beliau tetap tersenyum.. semua dalam poket beliau.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping