Khamis, November 10, 2016

Heh! Buat sekian kalinya, PAS sekali lagi mempamerkan sikap yang jelas bertentangan dengan kehendak dan kemahuan puak Pakatan Haprak tu demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka dari diperkudakan oleh orang luar.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila kepimpinan parti itu membuat keputusan untuk tidak melibatkan diri atau turut serta menyertai Konvensyen kali pertama yang telah direncanakan oleh puak Pakatan Haprak tu dalam masa terdekat.

PAS katanya tetap bertegas dengan pendirian tidak akan menghadiri Konvensyen Pakatan Haprak tu yang akan diadakan di Shah Alam, Sabtu ini. seperti mana yang dinyatakan Timbalan Presiden parti tersebut kepada akhbar Sin Chew Jit Poh.

Menurut Pak Berahim, PAS tidak akan berganjak daripada keputusan asalnya untuk tidak bekerjasama dengan DAPigs dan PAN. Oleh itu tidak ada sebab wakil Pas perlu menghadiri konvensyen tersebut yang turut disertai kedua - dua parti itu.

Difahamkan, kemuncak konvensyen Pakatan Harapan itu adalah perjanjian antara Pakatan Harapan dan PPBM bagi mewujudkan satu bentuk kerjasama untuk mencapai strategi satu lawan satu dengan BN pada PRU akan datang.

Menurut laporan akhbar yang sama, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Haprak tu sebelum ini menyatakan, Konvensyen kali pertama yang dianjurkan oleh puak Pakatan itu turut mengeluarkan jemputan kepada kepimpinan PAS dan PPBM.

Selain daripada itu, Pak Berahim juga turut menjelaskan bahawa PAS sedia untuk menjalinkan hubungan kerjasama Politik dengan mana - mana pihak asalkan kawasan mereka tidak dikacau ganggu oleh mana - mana pihak menjelang PRU akan datang.
"PAS tiada sebarang masalah mengenai isu 'satu lawan satu' ini. Namun, PAS perlu memastikan tidak ada parti pembangkang lain yang datang menjejaskan kawasan yang kami ingin tandingi," kata Timbalan Presiden PAS itu.
Berhubung perkara tersebut, PAS melalui kenyataan dan pendirian yang telah dibuat menegaskan bahawa mereka tidak akan menyerahkan kawasan yang ditandingi dalam Pilihan Raya sebelum ini kepada mana - mana pihak. Terutama kepada PAN.

Sebaliknya, PAS menyatakan bahawa PAN perlu mendapatkan kerusi dari DAPigs atau pun PKR sekiranya mereka benar - benar mahu bertanding dan bukannya merampas kerusi PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Dalam erti kata mudahnya, PAS mahu menjaga kawasan mereka dari dirampas oleh mereka yang tidak sehaluan dengan parti tersebut. Maka buat parti Pengkhianat yang menjadi parti Ternakan DAPigs tu boleh menagih kerusi dari DAPigs atau pun PKR sekiranya diorang berhajat nak bertanding dalam Pilihan Raya yang akan datang!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Mesti ada sekor ahli PAS yg akan datang jugak.......mahfuz omar aka bean

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping