Rabu, November 23, 2016

Hahaha!!! Memang nampak sangat yang Si Khalid Samad ni bengkak apabila pihak Kerajaan memberikan laluan kepada PAS untuk membentangkan Rang Undang - Undang Mahkamah Syariah (RUU 355) dalam sidang Parlimen kali ini.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Bakal Bekas Ahli Parlimen Shah Alam ini mula meroyan tak tentu arah mempertikaikan tindakan YAB Timbalan Perdana Menteri yang telah mengadakan sesi taklimat berhubung isu tersebut semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Si Khalid Samad tu bukan sahaja menjadikan perkara tersebut sebagai satu persoalan, malah dia juga turut memberikan gambaran seolah - olah wujud satu konspirasi Politik dikalangan pihak tertentu.
“Ia memberi gambaran seolah-olah orang Melayu Islam berkomplot terhadap orang bukan Islam dan bukan Melayu dan ini akan menyebabkan salah faham dan syak wasangka berterusan.
“Jika kita mengakui terdapat banyak salah faham di kalangan bukan Islam, mengapa ahli Parlimen bukan Islam tidak dijemput?” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Jika dilihat dari satu sudut, tindakan Si Khalid Samad itu boleh dianggap sebagai satu langkah untuk mengelirukan rakyat. Kenyataan yang dibuat oleh Si Khalid Samad itu jelas menunjukkan yang dia cubam menimbulkan 'Social Tension'.

Dalam erti kata mudahnya, persoalan yang dibangkitkan oleh Si Khalid Samad tu hanya sekadar untuk menimbulkan persepsi buruk dan cubaan untuk melaga - lagakan serta mewujudkan perpecahaan kaum dengan mempergunakan isu agama.

Apa yang dilakukan oleh Si Khalid Samad itu jelas memberikan gambaran seolah - olah pihak Kerajaan sengaja berpakat dengan PAS untuk menidakkan hak Ahli Parlimen Bukan Islam semata - mata untuk kepentingan Politik mereka.

Yang menjadi persoalannya sekarang ialah, adakah Si Ahli Parlimen Shah Alam tu cuba nak melaga - lagakan orang Islam dengan orang Bukan Islam dengan menjadikan isu berkaitan dengan RUU 355 itu sebagai bahan Modal Politik Murahannya?

Jika memang itu tujuan sebenar Si Khalid Samad tu, memang nampak sangat la yang dia bukan sahaja seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Bahkan dia juga cuba nak memecah-belahkan perpaduan dikalangan rakyat di Malaysia dan cuba mewujudkan suasana huru hara demi menjaga kepentingan Politik Peribadi dirinya sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Khalid Samad.... manusia jenis tunjuk pandai tapi tak buat apa2 pun. Harapkan lidah dan air liur sahaja.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping