Khamis, November 24, 2016

Hehehe! Nampak gayanya perang diantara dua orang pemimpin yang sebelum ini dilihat 'Mesra' dikhalayak ramai semakin bertambah hangat apabila 'Serang Menyerang' diantara kedua - dua pemimpin itu tersebar luas dalam laporan media.

Jika sebelum ini, Tun Mahathir mendakwa dirinya malu dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tok Him hanya semata - mata kerana membuat pengumuman mengenai penyertaan Perkasa dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Membidas tuduhan yang dibuat oleh Tun Mahathir terhadap dirinya itu, Tok Him tampil menafikan bahawa tindakannya yang mahu ahli Perkasa bertanding dalam PRU itu bukan untuk memberi kemenangan mudah kepada Barisan Nasional.

Sebaliknya kata Tok Him, dia cuma tidak mahu mengikut jejak Pakatan mahupun PPBM yang dilihat semakin rapat dengan DAPigs kerana masih lagi berpegang kepada prinsip perjuangannya yang mendakwa dirinya bukan seperti 'Lembu'.

Bagi menghangatkan lagi serangan yang dilancarkan, Tok Him selaku Presiden Perkasa sekali lagi tampil dengan satu kenyataan menyindir tindakan Tun Mahathir yang sebelum ini dilihat hadir memberikan sokongan kepada Pengerusi Bershit.

Kata Tok Him, tindakan yang dikenakan ke atas Maria itu hanya 'Sikit'. Dan jika hendak dibandingkan, tindakan yang sedang dialami oleh Pengerusi NGO Pro Yahudi itu jauh berbeza dengan apa yang pernah dihadapi sewaktu dizaman Tun Mahathir.
“Dahulu Tun sendiri tahan saya. 60 hari duduk dalam bilik yang saya tak tahu malam ke siang, tidur atas simen dengan tandas yang busuk. Tetapi saya tak merungut.
“Maria dan kawan-kawannya baru kena tahan 10 hari sudah kecoh, sampai Tun pun turun pergi dan pasang lilin. Apa ini?” soalnya dalam sidang media di ibu pejabat Perkasa hari ini.
Sebagai rekod, Tok Him pernah dimasukkan ke dalam penjara dibawah tahanan ISA pada tahun 1974 ketika terlibat dalam demonstrasi di Baling dan pada tahun 1987 ketika Operasi Lalang dibawah pentadbiran Kerajaan Tun Mahathir.

Selain itu, Tok Him kata, tindakan 'Merengek' yang dilakukan oleh Pengerusi NGO Pro Yahudi itu membuktikan bahawa dia bukannya seorang pejuang yang sanggup memikul tanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan sebelum ini.
“Sudah tahu (keadaan ditahan) tetapi nak komplen, nak tilam, tandas duduk, nak telur ayam kampung 2 biji setiap pagi. Saya tak merungut atau failkan habeas corpus. Orang berjuang patut terimalah cabaran, kalau tidak jangan dirikan rumah di tepi laut,” katanya lagi.
Pokok pangkalnya, reaksi melampau yang ditonjolkan oleh pentaksub Bershit terhadap Pengerusi mereka itu memang satu tindakan yang tidak mendatangkan sebarang faedah. Bukan sahaja ianya tidak memberikan manfaat kepada Negara, bahkan ia juga hanya membuat masa rakyat je!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping