Rabu, November 02, 2016

Buat sekian kalinya, anak kepada Allahyarham Nik Aziz ini tampil membuat kenyataan yang cukup kontroversi dengan mendakwa kononnya PAS tidak akan menyertai Kabinet Bayang yang akan dibentuk oleh puak Pakatan Haprak tu kelak.

Menurut kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh dalam satu kenyataan yang dibuat sebelum ini, PAS buat masa ini masih tidak menerima sebarang jemputan untuk menyertai Kabinet bayangan yang dicanangkan oleh puak Pakatan Haprak tu.

Pun begitu, Nik Abduh dilihat seolah - olah begitu yakin bahawa PAS tidak fikir yang puak Pakatan Haprak tu akan menjemput parti itu untuk menyertai Kabinet tersebut, sementelah tiada sebarang kerjasama diantara mereka kecuali dengan PKR.

Malah, hubungan kerjasama Politik yang wujud diantara PAS dengan PKR pun kata Nik Abduh hanya melibatkan urusan pentadbiran dalam Rejim Pakatan Selangor sahaja, bukannya secara menyeluruh diperingkat kepimpinan Pusat.
"Tidak ada (jemputan untuk sertai Konvensyen PH) sebab tidak ada hubungan (kerjasama). Kita tidak berhubung dengan Pakatan Harapan, hanya mempunyai hubungan dengan PKR sahaja," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Setiausaha Sekretariat PH, Si Pudin Politik Baru tu sebelum ini berkata senarai cadangan Kabinet bayangan bagi puak Pakatan Haprak tu akan dimuktamadkan dalam konvensyen Pertama mereka yang bakal diadakan pada 12 November depan.

Walau bagaimanapun Nik Abduh juga turut menjelaskan bahawa kepimpinan PAS Pusat masih belum membuat sebarang pendirian dan ketetapan sekiranya puak Pakatan Haprak menjemput parti itu untuk turut serta dalam senarai tersebut.
"Kita tidak fikir lagi (untuk tolak sekiranya ada jemputan). Tawaran itu tidak ada lagi sebab hubungan kita (hanya) dengan PKR. Jadi hubungan berkaitan dengan DAP dan PAN (Amanah) itu kita tidak layan sebab sudah putus hubungan dengan mereka. Saya tidak fikir begitu (PH akan jemput PAS sertai Kabinet bayangan PH)," katanya.
Dalam erti kata lainnya, Si Nik Abduh tu menunjukkan kecenderung negatif dan sikap acuh tak acuh terhadap cadangan puak Pakatan Haprak tu. Tindakan Si Nik Abduh tu seolah - olah menganggap cadangan tersebut hanya sekadar Syok Sendiri je. Jadi, tak heran la kalau dia pun tak hinggin nak turut serta dalam mimpi kosong puak Pakatan tu!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Bayangan apa? Jgn jadi mcm anjing dgn bayang bayang udahlah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping