Sabtu, November 05, 2016

Rejim Pakatan Selangor mendakwa tidak pernah menawarkan bayaran sebanyak RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) antara 2008 dan 2014 seperti yang didakwa oleh Menteri Besarnya semalam.

Khalid Ibrahim berkata dakwaan tersebut dibuat bagi mengalihkan perbincangan mengenai keputusan pentadbiran Azmin untuk membayar sebanyak RM2.7 bilion ke atas ekuiti syarikat konsesi air itu, iaitu 10 kali lebih tinggi daripada tawaran asal yang berjumlah RM250.6 juta.
“Kami tidak pernah bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9 bilion untuk ekuiti Splash seperti yang didakwa oleh Azmin.
“Dalam tawaran terakhir (kepada Splash), kami merasakan tawaran yang berpatutan adalah sebanyak RM250.6 juta bagi bayaran ekuiti serta tujuan menanggung hutang yang berjumlah RM1.564 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Penafian itu dibuat bagi mengulas kenyataan Azmin yang antara lain mendakwa Rejim Pakatan Selangor semasa di bawah Abdul Khalid tidak pernah memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada SPLASH melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya pada 19 Julai 2009.
“Pentadbiran sebelum ini menyatakan nilai tawaran pengambilalihan SPLASH adalah sebanyak RM250 juta dan inilah angka yang diuar-uarkan seantero dunia, namun orang yang sama tidak pernah memaklumkan kepada Dewan berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada SPLASH melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya 19 Julai 2009,” kata Mohamed Azmin ketika sesi penggulungan Belanjawan 2017 Negeri pada sidang DUN Selangor di sini semalam.
Abdul Khalid juga turut berkata bahawa dalam tawaran terakhir kepada SPALSH, pihaknya menggunakan kaedah pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12 peratus setahun kepada ekuiti serta potongan mana-mana dividen yang telah dibayar.

Katanya, kaedah itu dianggap adalah lebih adil memandangkan terma tersebut telah dinyatakan di dalam Perjanjian Penswastaan air yang ditandatangani oleh semua syarikat konsesi termasuk oleh pihak SPALSH sendiri.

Dalam pada itu, Abdul Khalid menegaskan bahawa pengambilalihan industri air secara keseluruhan tidak boleh melebihi kos sebanyak RM9.65 bilion kerana ia akan memberi kesan kepada tarif air di masa hadapan dan usaha untuk menurunkan air tidak terhasil di Selangor.

Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim ini membuktikan bahawa dakwaan yang dilemparkan Si Menteri Besar Selangor tu hanya sekadar satu taktik untuk menutup kemaluan dirinya sendiri yang GAGAL menguruskan pentadbiran Selangor dibawa pimpinannya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping