Isnin, November 28, 2016

GAGAL untuk menjawab isu berkaitan pengambil - alihan ekuiti dari Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) yang sebelum ini hangat diperkatakan dikalangan rakyat membuatkan Si Menteri Besar Selangor ni terus mendiamkan diri.

Jika sebelum ini, isu mengenai pengambil - alihan syarikat tersebut menjadi senjata Politik Murahan PKR untuk mendesak Khalid Ibrahim mengundurkan diri dari jawatan Menteri Besar. Kali ini, ianya dibangkitkan semula oleh Khalid.

Tampil dengan persoalan berkaitan dengan pengambil-alihan ekuti syarikat tersebut yang didakwa dibayar terlalu mahal dari harga asal, Si Khalid Samad ni mendakwa Si Menteri Besar Selangor yang baru tu lebih mengutamakan syarikat konsesi.

Bekas Menteri Besar Selangor tu tampil mengingatkan Azmin selaku Menteri Besar Selangor jika dia lebih mengutamakan kepentingan syarikat konsesi air lebih daripada hak rakyat, maka dia akan dilihat 'bekerja' untuk syarikat berkenaan. 
"Kita hendak perjuangkan rakyat Selangor. Jika kita beria-ia mempertahankan (syarikat) konsesi kena dapat duit lebih, bermakna kita bekerja dengan konsesi, bukan rakyat Selangor. 
"Adakah itu yang hendak digambarkan? Janji kita adalah untuk jaga rakyat," ujar mantan Menteri Besar yang juga ADUN Pelabuhan Klang itu. 
Dalam wawancara eksklusif dengan Antarapos, Abdul Khalid mengakui yang dia sangat sensitif apabila membicarakan mengenai penyusunan semula industri air di Selangor yang sehingga ke hari ini masih belum dapat diselesaikan.

'Rasa terkilan' itu semakin memuncak apabila Si Menteri Besar Selangor tu masih didapati GAGAL untuk memuktamadkan rundingan dengan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) dengan tawaran yang munasabah. 
"Oleh kerana itu, saya sangat sensitif tentang perkembangan industri air. Ini adalah usaha reformasi yang sangat penting, (untuk) kita pulangkan hak kepentingan rakyat kepada mereka. 
"Dahulu kepentingan rakyat seperti air dan tenaga (elektrik) diswastakan. Hasilnya menampakkan rakyat tidak mendapat pulangan yang baik, sebab yang untung banyak adalah syarikat konsesi. Rakyat dibebankan harga tarif yang tinggi," katanya.
Khalid juga terkilan dengan tawaran tinggi yang mahu dibayar oleh kerajaan negeri kepada SPLASH iaitu sebanyak RM2.7 bilion. Mantan menteri besar itu tegas dengan pendiriannya bahawa SPLASH hanya layak ditawarkan sebanyak RM250.6 juta.
"Sebab itu saya nak kerajaan Selangor buktikan bahawa usaha yang dijalankan kepada rakyat negeri ini adalah usaha yang terbaik. Maknanya, dengan harga yang lebih murah. 
"Jika kerajaan negeri dapat tawaran kurang RM9.65 bilion (jumlah keseluruhan pengambilalihan) atau harga yang kita tawarkan kepada SPLASH mengikut tatacara yang kita lakukan, saya sangat menyokong. 
"Namun jika saya tahu ura-ura mereka hendak naikkan, saya tak akan sokong. Sebab saya bekerja untuk rakyat Selangor, bukan untuk pihak konsesi kerana mereka sudah mendapat gaji yang tinggi," tegas Khalid lagi.
Apa yang jelas, tindakan mendiamkan diri dan suka menunding jari terhadap orang lain menonjolkan lagi kelemahan dan ke-GAGAL-an Si Menteri Besar Selangor tu secara terbuka. Ianya sekaligus membuktikan yang Si Azmin tu hanya sekadar pandai nak membuat tuduhan terhadap orang lain dari nak mengakui ke-GAGAL-an dirinya sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping