Isnin, November 28, 2016

Heh! Kalau sekali baca kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS ni, nampak sangat yang dia cuba nak memperlekehkan pendekatan Politik yang dijadikan sebagai amalan dikalangan puak Pakatan Haprak tu selama hari ini.

Jika dilihat dari satu sudut, apa yang dilakukan oleh puak Pakatan Haprak tu memang nampak seperti kebudak - budakan dan tidak menonjolkan kematangan mereka dalam berpolitik. Tapi PAS berjaya didakwa telah membuktikan sebaliknya.

Mursyidul Am PAS itu menjelaskan, parti itu tetap menganggap kejatuhan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri akan hanya mengembalikan kekuatan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan orang yang baharu.

Beliau memberikan contoh bagaimana Barisan Nasional yang lemah di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad muncul kuat semula selepas digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi terutama dalam Pilihan Raya Umum 2004.

Peralihan kuasa itu juga turut menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional yang berjala merampas semula sejumah besar kerusi pembangkang yang dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) 1999.
“Bukankah pada pilihan raya 2004, BN menang besar? BN akan lebih kuat dalam tangan orang baharu,” kata Hashim dalam wawancara bersama Sinar Harian.
“Najib sekarang dalam keadaan lemah, jadi kita sebagai pembangkang tak perlulah nak kempen (beri kekuatan baharu kepada BN). Dia lemah, biarlah,” katanya.
Sebagai rekod, Barisan Nasional telah berjaya memenangi 198 kerusi Parlimen pada PRU 2004 manakala pembangkang hanya mampu memenangi sebanyak 20 kerusi sekali gus menjadi majoriti terbesar yang diperolehi BN sejak 1978.

Selain daripada itu, Mursyidul Am PAS itu juga turut mempersoalkan apa yang akan berlaku selepas kempen yang sedang dilancarkan oleh Pakatan pembangkang untuk menjatuhkan Najib berjaya? Adakah semuanya akan berubah?
“Bolehkah kita pastikan tidak akan ada masalah lagi, jika Najib dijatuhkan? Pada pandangan saya, kalau sistem sama masih dipakai, samalah juga. Dengan itu, jatuhnya Najib tidak ada makna pun untuk kita. Lebih baik kita biar dan lawan dia dalam pilihan raya.
“Kalau boleh kata dalam keadaan dia banyak ‘dosa’, banyak perkara yang dia buat orang marah, masa itulah kita tumbangkan dia. Itu lebih baik daripada kita usaha jatuhkan dia sekarang,” katanya.
Dalam erti kata mudahnya, Mursyidul Am PAS tu cuba memberikan gambaran bahawa tindakan yang dilakukan oleh puak Pakatan Hapra tu seolah - olah hanya sekadar membuang masa dan tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Sebaliknya, mereka lebih mengutamakan kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Sekarang TIDAK ADA LAGI orang bertepok tangan
    sambil ketawa riang, PEMBANGKANG BERPECHA-BELAH!!!
    Yang masih ddendangkann cuma PAS TIDAK BERSATU DENGAN
    PEMBANgkang. ADA SIAPA KISAH............????
    Kalau PAS BERSATU denganUMNO, lagi baik.
    Mudahlah orang nak PANGKAH.

    BalasPadam
  2. Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa PAS gagal menjadikan Kelantan sebagai negeri Islam menyebabkan parti itu perlu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) pastinya akan mengundang kemarahan dari pemimpin-pemimpin Pas.
    Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata, hukuman sedia ada “tidak mencukupi” buat rakyat di negeri itu menyebabkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menambahnya.
    “PAS di Kelantan gagal nak menjadikan Kelantan negeri Islam sebab itu mereka nak hukuman lebih berat. Hadi waktu menjadi menteri besar Terengganu, enakmen di sana dia turut tukar.
    “Maknanya PAS gagal, kalau dia berjaya dia akan turunkan enam sebat jadi kosong sebat. Kalau kamu (PAS) berjaya, saya percaya semua (rakyat negeri Kelantan) akan puasa, ini tidak dia nak tambah lagi, gagallah dia di Kelantan itu.
    “Jadi pada kita Umno nak bantu dia nak pastikan dia, kena bantu dia lah sebab dia gagal. Macam kita Umno tak minta pun tambah,” kata menteri pelancongan itu.
    Nazri berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Istiadat Konvokesyen ASWARA di kampus itu di Kuala Lumpur.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping