Rabu, November 23, 2016

Heh! Memang seperti apa yang kita duga. Si Mahfuz Bean ni memang tak heran pun kalau PAS nak ambik tindakan terhadap dia yang sebelum ini kelibatnya turut dilihat menyertai perhimpunan Bershit yang dianjurkan oleh Pakatan Haprak tu.

Hakikatnya, Si Mahfuz Bean ni bukan baru semalam dia dah tonjolkan 'Warna Sebenar' dia kepada umum. Sebaliknya, Si Mahfuz Bean tu dah menunjukkan kecenderungan dia kepada Pakatan melebihi dari parti yang disertainya pada ketika ini.

Jika sebelum ini pun, kelibat Si Mahfuz Bean ni pun dah beberapa kali dilihat memanjat pentas ceramah parti dikalangan puak Pakatan Haprak tu yang selama ini menganggap PAS sebagai 'Musuh Utama' mereka secara terang - terangan.

Apa yang jelas, tindakan Si Mahfuz Bean ni bukan sahaja boleh dianggap membelakangkan keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan PAS yang tidak membenarkan mana - mana ahli atau pemimpin menyertai perhimpunan tersebut.

Namun, dek kerana Si Mahfuz Bean ni lebih mengutamakan soal nak menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri berbanding soal nak menjaga maruah saf kepimpinan PAS, maka sebab itu dia sanggup ambik tindakan seperti yang ditonjolkan.

Jadi, soal PAS nak ambik tindakan disiplin terhadap mana - mana pihak, sama ada dikalangan ahli mahupun pemimpin parti itu yang terlibat dalam perhimpunan Bershit tajaan NGO Pro Yahudi memang sesuatu yang dialu - alukan oleh Si Mahfuz Bean ni.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Si Mahfuz Bean tu bukan sahaja menyatakan kesediaan menghadapi apa sahaja tindakan yang akan diambil ke atas diri dia dengan alasan kononnya dia buat semua tu hanya untuk rakyat di Malaysia.
"Apa saya lalukan hanya untuk rakyat Malaysia. Saya tak fikir himpunan BERSIH gugat orang ramai. Demi rakyat dan untuk rakyat, saya bersedia segala-galanya. Saya bersedia masuk lokap, ISA, dan penjara.
"Tapi saya masih tidak tahu apa yang bakal dikenakan (oleh parti) terhadap saya dan rakan-rakan," katanya di lobi parlimen hari ini.
Tetapi persoalan utamanya, adakah PAS berani nak ambik tindakan dan memecat keahlian Si Mahfuz Bean ni? ATAU, adakah mereka akan terus bermain sandiwara dengan mengeluarkan amaran seperti yang telah dinyatakan oleh Hadi Awang semalam?

Walaubagaimana pun, tindakan yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu secara tidak lansung membuktikan bahawa dia merupakan seorang pemimpin yang tidak bermaruah. Dah jadi Pengkhianat dalam selimut pun Si Mahfuz Bean ni masih tak nak mengaku. Sebaliknya, dia nak tunggu orang lain pecat dia supaya dia boleh diangkat sebagai Wira!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Syabas YVB Mahfuz!
    Semoga lebih ramai mengikut jejak langkah mu.

    BalasPadam
  2. Prru akan dtg ni.....gol lah dia.
    Ini pemimpin tadak masa depan

    BalasPadam
  3. memang dah lama tinggal nyawa ikan, la ni memang dah gol dia memang tak ada class.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping