Khamis, November 10, 2016

Rasanya, layak dah kalau nak diberikan gelaran 'Mantan Ahli Parlimen' kepada Si Khalid Samad ni memandangkan dia bakal kehilangan kelayakan untuk menyandang jawatan tersebut biarpun selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Jika sebelum ini, Si Khalid Samad tu GAGAL menolak saman fitnah yang dibuat terhadap Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan diperintahkan membuat bayaran pampasan sebanyak RM 200 ribu oleh pihak mahkamah.

Memandangkan kes tersebut kini sudah diperingkat Mahkamah Persekutuan, maka kedudukan Si Khalid Samad tu selaku Ahli Parlimen kian tergugat dan kebarangkalian untuk dia tidak layak bertanding dalam PRU pun semakin besar. (Klik Sini)

Nampak gayanya, nasib malang yang menimpa Si Khalid Samad itu tidak hanya terhenti setakat itu sahaja apabila dia sekali lagi menemui ke-GAGAL-an membuat rayuan semakan Perlembagaan Undang - Undang Selangor di Mahkamah Rayuan.

Ianya ekoran Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan yang telah difailkan oleh Si Khalid Abdul Samad untuk mencabar peruntukan Perlembagaan Undang - Undang Agama Islam Selangor yang mendakwa dia telah melakukan pelanggaran.

Ahli Panel 3 orang Hakim yang diketuai Vernon Ong Lam Kiat berkata, Khalid sepatutnya pergi terus ke Mahkamah Persekutuan kerana perkara subjek adalah berkenaan kecekapan Dewan Undangan Negeri Selangor meluluskan enakmen.

Katanya, isu ini bukan mengenai sama ada Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor melanggar Kebebasan Hak Beragama seperti mana yang tertakluk di bawah Perkara 11 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan memberitahu panel hakim yang Khalid sepatutnya menggunakan Perkara 4 (1) terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran daripada seorang hakim Mahkamah Persekutuan tunggal sebelum melakukan cabaran undang-undang.
“Kaedah beliau memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk mencabar kesahihan enakmen itu tidak kena pada tempatnya,” katanya.
Si Khalid Samad itu sebelum ini telah didakwa ke mahkamah kerana memberikan ceramah agama di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Klang tanpa mendapat tauliah sah yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 119 (1) enakmen itu.

Sekiranya dia didapati bersalah, maka pihak mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara terhadap Ahli Parlimen Shah Alam itu sehingga 2 tahun atau dikenakan denda sehingga RM3,000 atau kedua - duanya sekali.

Awal tahun ini, Mahkamah Syariah Selangor telah mengarahkan Si Khalid Samad itu tampil membela diri kerana pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. Bagaimanapun, Khalid memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mencabar perlembagaan bagi peruntukan dalam enakmen itu.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Balasan utk orang yg suka fitnah dlm politik.

    BalasPadam
  2. MANTAN adalah singkatan bagi ayat 'Mundar mANdir Tanpa jawatAN.

    BalasPadam
  3. Apabila tugas yang dilaksanakan tidak mencerminkan jawatan yang di sandang inilah akibatnya. Tugas sebenar pemimpin rakyat adalah memberi perkhidmatan sesuai dengan mandat yang telah di beri.

    Kalau setakat mencari kesalahan orang lain lebih baik tak payah jadi wakil rakyat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping