Khamis, November 10, 2016

Fuh!!! Memang kena sangat la dengan kedudukan parti Ternakan DAPigs ni yang berhajat nak menggantikan PAS dalam Pakatan Haprak tu. Bila orang kata diorang ni hanya Boneka kepada DAPigs, tau pulak diorang meroyan tak tentu arah.

Tapi hakikatnya, memang itu yang ditonjolkan oleh puak parti Ternakan DAPigs ni. Dasar perjuangan mereka jelas bukannya tertumpu kepada nak memartabatkan Islam sebagai cara hidup masyarakat seperti mana yang diperjuangkan oleh PAS.

Sebaliknya, pemimpin PAN ni dilihat lebih mengutamakan bagaimana cara nak memenuhi kehendak serta kemahuan puak DAPigs bagi memastikan kepentingan Politik Peribadi mereka terjamin dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Salah satu daripadanya ialah apabila pemimpin Wanita PAN ni bangkit dalam Parlimen mendesak agar pihak Kerajaan tidak membebankan peminum arak dengan cukai yang didakwa terlalu tinggi dan mendakwa ianya tidak adil kepada mereka.

Sewaktu membahaskan Bajet 2017 sebelum ini, pemimpin Wanita PAN itu membuat rayuan secara terbuka agar pihak Kerajaan tidak menaikkan cukai terhadap minuman keras kerana ianya didakwa akan membebani golongan Bukan Islam.
“Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenarkan untuk bukan Muslim, jadi jika kita naikkan cukainya ia akan membebankan mereka,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Tapi apa yang lebih menghairankan ialah apabila pemimpin Wanita PAN ni memberikan cadangan yang pernah dikemukakan oleh Datuk Dr. Hasan Ali yang sebelum ini mendesak Rejim Pakatan Selangor mengasingkan tempat menjual arak.

Pemimpin wanita PAN itu dalam hujahnya mendesak agar pihak Kerajaan hanya membenarkan tempat menjual arak dan minuman keras ini diluar dari kawasan penduduk yang majoritinya terdiri dari kalangan orang Islam bagi memudahkan penguatkuasaan.

Namun IRONIKnya pada ketika Datuk Dr. Hasan Ali membangkitkan cadangan tersebut, dia telah diserang oleh pelbagai pihak, termasuk dari kalangan pemimpin PAN sekarang seperti Si Khalid Samad tu kerana memberikan cadangan tersebut.

Dan yang tambah menyedihkan, pemimpin Wanita PAN yang membangkitkan isu tersebut sebelum ini memegang jawatan sebagai pemimpin Muslimut PAS pada ketika itu. Tapi dia takde pulak dia nak bersuara mempertahankan Datuk Dr. Hasan Ali.

Sebaliknya, dia hanya mendiamkan diri dan membiarkan Datuk Dr. Hasan Ali dihukum sehingga menyebabkan dia bukan sahaja kehilangan jawatan Exco Pakatan Selangor. Bahkan turut dilucutkan jawatan dalam PAS dan dipecat dari parti!!!

Apa yang jelas, tindakan pemimpin Wanita PAN yang membangkitkan isu mengenai cukai minuman keras itu hanya sekadar nak bermain 'Wayang Politik Retorik' demi untuk meraih Publisiti Murahan dari kalangan pengundi dikawasan dia semata - mata sedangkan hakikatnya, dia bukannya ikhlas pun membangkitkan isu tersebut!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Itulah sikap pemimpin PAN. Nampak benarlah jaga kepentingan politik bukan kepentingan Islam. Kerana nak tagih undi rela bersekongkol dgn Dap dn memusuhi parti Islam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping