Khamis, November 10, 2016

Bantahan yang dibuat sewaktu konvensyen DAPigs Pulau Pinang terhadap kerjasama Politik dengan Tun M ternyata mengecewakan sebahagian besar ahli DAPigs apabila kenyataan bantahan itu ditolak oleh Setiausaha Agung parti itu sebelum ini.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila perwakilan yang berani membangkitkan isu tersebut sekali lagi tampil dengan satu kenyataan terbuka mendakwa bahawa dia turut disokong sebahagian besar ahli DAPigs diperingkat akar umbi.

Perwakilan DAPigs yang sebelum ini desak oleh Guan Eng agar menarik balik gelaran yang diberikan terhadap Bekas Perdana Menteri itu menegaskan bahawa majoriti ahli DAPigs tetap bersama dengannya menolak hubungan kerjasama tersebut.

Perwakilan DAPigs dari Bahagian Taman Chai Leng Pulau Pinang itu juga turut menyatakan bahawa pandangan pengkritiknya yang mendakwa hanya segelintir ahli parti itu yang menolak hubungan kerjasama itu adalah tidak berasas.

Dalam ucapannya sewaktu Konvensyen parti yang diadakan baru - baru ini secara terang - terangan telah membuat gesaan kepada pucuk pimpinan parti supaya menjarakkan diri daripada Tun Mahathir, yang diumpamakan seperti ular dan bapa ayam.

Sambil menyatakan bahawa dia tetap dengan pandangan yang telah diberikan sebelum ini, perwakilan DAPigs itu kemudian membangkitkan 3 kenyataan yang dibuat oleh pemimpin dan ahli DAPigs yang mencemuh kerjasama dengan Tun Mahathir.
“Pada 11 Ogos, pengarah pendidikan politik Pemuda Sosialis DAP Chiong Yoke Kong menggelar PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) klon Umno dan parti baharu yang mengamalkan diskriminasi kaum tidak akan ‘Selamatkan Malaysia’.
“Pada 19 April tahun lepas, Ahli Parlimen Bukit Gelugor (Ramkarpal Singh) dilaporkan berkata kerjasama dengan Dr Mahathir mengundang bencana. Tambahan pula, selepas ucapan saya di konvensyen tahunan DAP negeri pada Ahad, beberapa ahli veteran menemui saya dan menjabat tangan, menandakan mereka menyokong kenyataan saya.”
Secara kesimpulannya, kenyataan yang dibuat oleh perwakilan DAPigs itu jelas membuktikan bahawa tidak semua ahli parti itu bersedia menerima peranan yang dimainkan Tun Mahathir sebagai 'Abang Besar' dalam Pakatan Haprak tu pada ketika ini.

Pokok pangkalnya, DAPigs masih lagi bersikap skeptikal terhadap tujuan Tun Mahathir yang didakwa mempunyai agenda tersembunyi dengan menubuhkan parti baru serta hanya berselindung disebalik alasan mahu menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional dan mahu DAPigs memutuskan hubungan sebelum mereka terjerat dalam perangkapnya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Dap tak senang klu ada pihak lain nk jdi abg besar dlm ph. Ini buat pan srba salah. Nak lawan Dap, takuuut.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping