Selasa, November 01, 2016

Hahaha!!! Takkan Muhyiddin Yassin dah terenjat buah kerandut bila Si Mamat Muka Botok tu dengan secara terang - terangan memperlekehkan kemampuan dia didalam kenyataan media yang dikeluarkan sebelum ini? Malu la brader!!!

Sambil menjustifikasikan tindannya yang keluar dari parti PPBM yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin tu sebelum ini, Si Mamat Muka Botoks tu kata, dia bukannya sengaja nak mensensasikan berita mengenai tindakan yang dilakukannya itu.

Si Mamat Botoks yang juga turut dikenali sebagai orang kuat Tun Mahathir itu menafikan sesetengah tuduhan yang mendakwa bahawa dia sengaja nak mencari publisiti murahan apabila keluar daripada PPBM dengan bertujuan untuk mencemar imej parti.

Apatah lagi apabila Si Mamat Botoks tu membuat dakwaan secara terbuka yang menyatakan bahawa dia lebih lama berjuang menentang UMNO jika henda dibandingkan dengan Presiden PPBM itu sendiri.
“Bukan niat saya untuk mencemar imej parti kerana saya adalah orang yang paling awal berjuang. Kalau nak banding dengan Tan Sri Muhyiddin pun, saya lebih awal daripada TS Muhyiddin,”kata kepada pemberita ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Sambil memberikan bayangan kononnya dia bukan orang penting dalam parti PPBM, Si Mamat Muka Botoks tu berkata keputusan dia untuk keluar dari parti tersebut tidak perlu merujuk kepada mana - mana termasuk Tun Mahathir sendiri.
“Sebab itu apabila saya buat sesuatu keputusan pun, saya rasa saya tidak perlu rujuk kepada Tun M kerana saya bukan majlis tertinggi parti.
“Saya nak bincang dari hati ke hati dengan Tun M dan saya juga nak minta maaf (dengan Tun M) kerana saya tidak sangka bila saya umum keluar parti, ianya viral sebegitu rupa, “katanya lagi.
Sebelum ini, Si Mamat Muka Botoks tu pernah tampil dengan memberikan amaran kepada mana - mana pihak dalam parti PPBM tu supaya tidak mempertikaikan tindakannya keluar dari parti tersebut. Dia bagi amaran supaya mereka tidak menyerang dia.
"Dan dalam isu ini, saya akan membuat kenyataan yang jelas, tetapi saya nak tengok tindak balas PPBM terhadap saya. Kalau mereka (PPBM) serang saya, saya akan buat satu kenyataan balik yang mendalam. Kalau mereka (PPBM) menyerang saya, saya nak bagi amaran, saya akan bercakap sesuatu secara panjang lebar," tambahnya.
Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Si Mamat Muka Botok tu menunjukkan yang dia ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan orang ramai berhubung kemelur yang sedag melanda kepimpinan parti PPBM tu.

Tapi IRONIKnya, Si Mamat Muka Botok tu sendiri pernah mengaku yang dia tidak akan menyertai mana - mana parti Politik termasuk PPBM yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin tu untuk menjadi platform bagi dia memperjuangkan agenda Politik Peribadinya sendiri. Jelas, tindakan Si Mamat Muka Botok tu hanya sekadar RETORIK semata - mata!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping