Ahad, November 06, 2016

Hek eleh!!! Patut la orang di Kelantan kebanyakkannya melabelkan Si Husam ni sebagai seorang pemimpin 'Batu Asas'. Mudah sangat dia nak membanggakan diri dia kepada umum rupanya sebab perangai dia lebih kurang macam 'Batu Asas' juga.

Hakikatnya, bila disebut 'Batu Asas' bagi satu projek yang hendak dibina, belum tentu lagi boleh di siap dalam waktu yang ditetapkan. Tapi 'Batu Asas' itu sahaja dah cukup membuatkan Si Husam ni mendabik dada dan membanggakan diri.

Jadi, tak heran la kenapa nama dia digugurkan oleh Allahyarham Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan walaupun sebelum ini dia pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan dan dianggap Exco Paling Kanan dalam pentadbiran Rejim PAS.

Rupa - rupanya, Allahyarham Nik Aziz pun sedar dengan perangai hodoh Si Husam ni yang suka membangga - banggakan diri tak tentu arah walaupun dia tak pernah berusaha sedikit pun untuk meraih kebanggaan tersebut secara peribadi.

Realitinya, sifat Riak yang ditonjolkan oleh Si Husam ni hanya sekadar memalukan diri sendiri apabila dia mendakwa KONONnya PAS sudah tertekan dengan kewujudan PAN di Kelantan. Kiranya dia nak mendakwa dia la yang menjadi punca PAS tertekan tu.

Bercakap dalam satu ceramah yang dianjurkan oleh parti Ternakan DAPigs cap Kuali tu sebelum ini, Si Husam tu dengan bangga menyatakan bahawa keputusan PAS mahu tunduk kepada Pakatan adalah hasil desakan parti itu di Kelantan.

Dalam dakwaan yang dibuat, Si Husam ni mendakwa PAS kini sudah semakin 'Lunak' dengan idea Satu Lawan Satu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang dan menyatakan bahawa ianya adalah hasil tekanan yang diberikan oleh PAN.

Namun, dakwaan itu telah dibidas oleh Ketua Dewan Ulama PAS yang menyatakan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya, PAS masih dianggap sebuah parti besar yang tidak akan mudah tunduk kepada PAN.
“Keputusan PAS bersetuju satu-lawan-satu tidak terpengaruh dengan sesiapa, termasuklah Husam atau Amanah, kita buat keputusan sendiri. Kita parti besar, kita ada 1 juta lebih ahli dan Amanah berapa orang sangat dan kita nak ikut cakap dia pula tak betul.
“Kenyataan Husam tak benar, memang pada dasarnya kita setuju satu-lawan-satu, tapi mestilah ada persefahaman dengan parti-parti lain. Kita buat keputusan bukan sebab dia (Husam), itu ego dia macam itulah,” katanya kepada FMT hari ini.
Husam sebelum ini telah mengisytiharkan dirinya keluar dari PAS selepas dipecat dari parti itu dan mengumumkan penyertaannya bersama PAN dengan alasan mahu menyelamatkan jawatannya dalam Politik kerana takut orang ramai lupa.

Kemudian Husam dicanang oleh PAN sebagai 'Penyelamat Negeri Kelantan' dan dijanjikan jawatan tinggi sebagai usaha untuk mereka menumbangkan Rejim PAS Kelantan atas dakwaan kononnya PAS kini bersekongkol dengan Barisan Nasional. 

Tapi malangnya sampai hari ni, takde apa pun sumbangan yang diberikan oleh Si Husam tu kepada PAN bagi mengubah perspektif rakyat Kelantan terhadap PAS selain dari menjual nama Allahyarham Nik Aziz dan membuat tuduhan yang bukan - bukan terhadap kepimpinan PAS dimerata pelusuk Negara!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Si Husam ni saja nak buat ribut sana sini utk tutup kelemahan diri semasa jdi exco dulu. Projeknya habis lingkup. Sekadar tinggal batu asas pun ada. Sembang kencang bukan main tapi kosong.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping