Isnin, November 28, 2016

Sepanjang minggu lalu, antara yang hangat diperkatakan adalah kemungkinan akan ada perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Syariah (RUU 355) yang sekian lama hangat diperkatakan. Perkara ini sudah sekian lama menjadi polemiknya yang tersendiri samada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Namun, ketika harapan umat Islam yang mahu menyaksikan akhirnya cadangan daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini mendapat sokongan kesemua Ahli Parlimen yang beragama Islam, Khamis lalu, Datuk Seri Abdul Hadi, dengan nada suara yang terketar-ketar, samada dalam keadaan tidak sihat atau menanggung kesedihan mengumumkan, terpaksa menangguh hasrat beliau untuk membahaskan RUU 355.

Alasan yang diberikan adalah, masih terdapat pihak-pihak yang sengaja mempolitikkan isu ini. Malah menurutnya, masih ada pihak yang masih belum benar-benar faham tentang cadangan beliau ini. Menurut beliau, RUU 355 ini adalah untuk mereka yang beragama Islam sahaja dan langsung tiada kena mengena dengan bukan Islam.

Menariknya, keesokan hari, pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin telah membentangkan rang undang-undang berkaitan penternakan babi di mana enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.

Tidak seperti RUU 355, RUU babi ini hanya mengambil masa tidak sampai sejam untuk diluluskan oleh DUN Pulau Pinang walaupun ADUN dari Barisan Nasional cuba menentang RUU babi ini. Di sini dapat kita lihat, betapa tingginya martabat babi buat Pakatan Harapan berbanding RUU 355 yang sekian lama diperjuangan PAS dan juga UMNO di pelbagai medium.

Melihat akan hal ini, timbul persoalan, adakah babi jauh lebih utama berbanding memperkasakan Rang Undang-Undang Islam yang cuba digagalkan oleh Ahli Parlimen yang beragama Islam dari PKR dan PAN? Jika MCA, Gerakan dan beberapa parti lagi menunjukkan penentangan, mungkin kita akan memahaminya. Namun, jika ahli Parlimen Islam sendiri yang menentang, ianya begitu menghairankan.

Lebih menakjubkan, pada hari Khamis, orang tua seperti Datuk Seri Abdul Hadi, terketar-ketar mengumumkan penangguhan perbahasan RUU 355, pagi Jumaat pula, seorang anak Melayu yang dipercayai tertera ayat Islam di kad pengenalannya, begitu bangga dengan usul Rang Undang-Undang babi, begitu mudah diluluskan di sidan DUN Pulau Pinang. Hinanya Islam pada mata pembangkang!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Adun Melayu PKR bentang RUU babi. Lepas ni mungkin RUU arak pulak, seterusnya RUU pelacur...RUU judi...dan entah apa2 lagi...hmmm. Melayu pakatan dijadikan barua kepada benda2 haram dan mereka terus tak sedar diri dipergunakan sedemikian rupa. Ini adalah suatu penghinaan dan provokasi terhadap bangsa Melayu dan Islam dan patut dikenakan tindakan undang2.

    BalasPadam
  2. Nak jaga kuasa. Nak jaga undi. Agama letak belakang dulu...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping