Selasa, November 08, 2016

PAS hanya akan menjalinkan hubungan dengan parti pembangkang lain selain daripada gabungan Pakatan Haprak (PH) yang dianggotai PKR, DAP dan parti serpihannya PAN, tegas Timbalan Presidennya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, PAS ada menerima jemputan daripada parti pembangkang lain antaranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengadakan perbincangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kelak.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Husam Musa yang meminta Pakatan agar tidak bimbang jika PAS enggan menyertai gabungan itu bagi merealisasikan matlamat menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Itu pandangan dia (Husam) dan di pihak PAS, kita ada terima jemputan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengadakan perbincangan dan juga parti-parti lain, bagi kita memang bergerak ke arah untuk perbincangan untuk memperkasakan Blok Ketiga (kerjasama dengan Parti Ikatan dan BERJASA) dan parti yang melihat masa depan.
"PAS bersedia berbincang dengan parti lain yang sedia menghormati polisi dan dasar yang diperjuangkan oleh PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Husam yang juga merupakan ADUN Salor semalam berkata, Pakatan tidak perlu menunggu sebuah parti yang bersikap was-was dalam membuat keputusan, sebaliknya perlu terus mengatur gerakan untuk membawa perubahan kepada negara.

Mengulas lanjut, Pak Berahim tu berkata PAS sudah belajar daripada kesilapan lalu apabila menjalinkan hubungan dengan DAP namun kemudiannya dikhianati oleh parti itu apabila mereka bertindak menyerang kepimpinan Presiden parti itu.

Malah PAS masih bersedia membuka pintu rundingan dengan syarat rundingan itu perlulah menghormati dasar politik yang dibawa parti itu kini yang mula memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejantera (BPMS) sebagai dasar politiknya.
"Sehingga hari ini kita masih dengan Blok Ketiga dan parti-parti yang boleh menerima kita dan juga menghormati politik PAS. (Kerjasama dengan parti lain) tapi tidak dalam parti Pakatan Harapan," jelasnya lagi.
Mengulas lanjut, Si Pak Berahim tu kata, PAS tidak gentar sekiranya tidak bersama dalam gabungan Pakatan Haprak kerana sokongan di tahap akar umbi terhadap parti itu kuat biarpun sudah tidak bersama dengan gabungan tersebut.
Categories: , , , ,

3 ulasan:

  1. Ikatan dan berjasa ni ada misi dan visi ke?Kenapa tak join pas Saja.
    Ikatan tu parti May Bowew.Kelapak nak jadi Presiden.Ada tak menambah tiada tak berkurang.Silap haribulan kerusi milik Pas yg dia ambil.TGHH diminta hati2.Ini beban albana..

    BalasPadam
  2. PAN pula penuh dgn orang nak jadi Presiden. Mamposlah kao mike sabu dan din pudu. Mujahat n Husemm nak rampas jawatan kamu

    BalasPadam
  3. Pan cakap je lebih...tak ada sokongan padu di kalangan rakyat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping