Jumaat, November 11, 2016

Hahaha!!! Sama ada puak Pakatan Haprak ni dah terlalu Terdesak atau memang terlalu BODOH sehingga menyebabkan diorang terpaksa menipu diri diorang sendiri sampai tahap sedemikian rupa. Dah kemaruk sangat dah gamaknya.

Kalau sebelum ini, acap kali juga diorang mengutuk dan menghina PAS secara terang - terangan dengan mendakwa parti itu sebagai sebuah parti Pengkhianat dan memberikan gambaran kepada rakyat bahawa parti itu tidak boleh dipercayai.

Tapi siapa sangka, dalam masa yang sama puak Pakatan Haprak tu menonjolkan sifat Hipokrit mereka yang cukup menjijikkan dengan usaha untuk memancing sokongan dari parti PAS melalui taktik perang Psikologi Songsang yang direncanakan.

Perang Psikologi Songsang yang dimaksudkan itu ialah penganjuran demontrasi membantah penyertaan PAS kembali ke dalam Pakatan yang dianjurkan oleh sekumpulan NGO yang Pro menyokong Pakatan Haprak tu pada 12 Nov (Sabtu) jam 7.45 pagi.

Namun sumber dalaman Pakatan Haprak tu mendedahkan taktik perang Psikologi Songsang mereka yang Pro Pakatan Haprak ni tak masuk akal memandangkan waktu untuk mereka berkumpul terlalu awal dan ianya bukan masa yang sesuai.
“Masa 7.45 pagi bukan masa yang sesuai untuk diadakan demonstrasi. Ia sengaja diwar-warkan kononnya untuk menunjukkan bantahan NGO pro PH terhadap kemasukan PAS dalam gabungan pembangkang.
“Jika orang ramai tidak hadir menyertai atau demontrasi itu dibatalkan disebabkan masa yang tidak sesuai, ia membawa mesej bahawa hanya segelintir NGO pro PH atau semua pihak pro PH mengalu-alukan penyertaan PAS dalam gabungan itu,” kata satu sumber kepada AIDCNews.
Ia merujuk kepada satu demontrasi yang dijangka diadakan sekitar jam 7.45 pagi di Ideal Convention Centre (IDCC), Sham Alam pada Sabtu, iaitu pada hari dan tempat yang sama berlangsungnya Konvensyen PH yang dijangka bermula jam 8.30 pagi.

Tapi bagi sesetengah pihak, usaha untuk mengumpul NGO yang Pro Pakatan Haprak tu pada waktu tersebut merupakan taktik Pakatan yang kini semakin hilang sokongan diperingkat akar umbi. Maka sebab itu waktunya sengaja diawalkan.

Khabarnya, taktik untuk mengadakan demonstrasi terhadap penyertaan PAS itu adalah merupakan satu usaha dari kalangan puak Pakatan Haprak tu untuk mengumpul penyokong dari kalangan Non Partisan untuk menghadiri Konvensyen.

Dalam erti kata mudahnya, puak Pakatan Haprak tu cuba nak memancing golongan yang tidak sehaluan dengan PAS agar dapat meramaikan sidang Konvensyen yang bakal diadakan dengan tujuan untuk meraih Publisiti Murahan dikalangan media.
"Nanti senang. Bila pihak media luar datang untuk membuat liputan, nampak la ramai orang yang hadir di Konvensyen tersebut. Jadi, tak timbul soal Konvensyen Pakatan itu tidak mendapat sambutan dari kalangan rakyat diperingkat akar umbi," jelas sumber tersebut.
Walaubagaimana pun, apa sahaja alasan yang diberikan oleh puak Pakatan Haprak tu, yang jelas mereka sekarang ni berada dalam keadaan yang tidak pasti. Bahkan seolah - olah seperti 'Takut Pada Bayang - Bayang Sendiri' apabila merasakan yang diri mereka kian tergugat dengan keengganan PAS untuk kembali menyertai Pakatan!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Steady PAS keep it up jangan tertipu dengan DAPigs-PAKATUN-PKR-PAN..T

    BalasPadam
  2. Kerja bodoh yg dilakukan oleh manusia yg mendabik dada kononnya bijak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping