Khamis, November 10, 2016

Heh! Ironik bukan? Bila setiap kali mereka yang Pro Pakatan Haprak ni bersuara, ianya seolah - olah membuka pekung dikalangan mereka sendiri. Lepas satu persatu pekung yang dah kian membusuk itu didedahkan kepada khalayak umum.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, isu berkaitan dengan Dana Kewangan dari penyokong Rejim Israel mula menjadi topik hanya dikalangan rakyat dan menjadikan ianya sebagai satu kontroversi yang tidak diundang oleh puak Pakatan tu.

Apa yang jelas, tindakan mereka yang terlibat itu menunjukkan seolah - olah mereka cuba nak menghalalkan penerimaan sumbangan kewangan dari pihak yang selama ini tegar menyokong Rejim Zionist yang dipimpin oleh Israel.

Yang lebih memalukan ialah apabila ada jugak yang cuba nak mengangung - agungkan pihak yang memberikan sumbangan tersebut biarpun pada suatu ketika dahulu dia dianggap sebagai 'Musuh Negara Nombor Satu' oleh bapanya sendiri.

Tampil dengan membuat dakwaan kononnya George Soros itu seorang pejuang 'Hak Asasi Manusia' jelas membuktikan bahawa Si Marina ni cuba nak menjustifikasikan dana yang diterima dari penyokong Nombor Satu Rejim Israel itu.

Namun dalam masa yang sama, Si Marina tu secara tidak sengaja membuktikan yang tindakan bapanya yang selama hari ini cuba nak memburukkan imej Soros hanya sekadar fitnah apabila dia mengagung - agungkan spekulator mata wang itu.

Mungkin Marina terlupa yang bapanya pernah membuat serangan peribadi terhadap Soros dengan menggelarkannya sebagai 'Moron' kerana bersekongkol dengan Anwar dan menyebabkan berlakunya kemelesetan ekonomi pada tahun 1997.

Menurut Tun Mahathir seperti yang dilaporkan didalam blognya (chetdet.co.cc), sebab utama kemelesetan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 adalah kerana kegagalan Anwar sebagai Menteri Kewangan yang melaksanakan resipi IMF yang bertema "IMF tanpa IMF".

Malah, sikap Retorik pemimpin PPBM terhadap penerimaan Dana Kewangan dari Soros itu juga cukup mengecewakan kerana dia hanya mendiamkan diri mengenainya. Walhal sebelum ini dia pernah serang Pakatan berhubung isu yang sama.

Selain dari mendakwa kononnya isu berkaitan dengan penerimaan Dana Kewangan dari Penyangak Nombor Satu Dunia itu bukan bertujuan Politik, bahkan peringatan yang diberikan oleh Tun Mahathir terhadap peranan Soros perlu diambil perhatian.
“Umum mengetahui peranan Soros di banyak negara, ini satu kenyataan yang perlu kita sedari kerana kalau rakyat tidak menyedarinya, ia adalah satu perkara bahaya. Peringatan oleh Tun Mahathir adalah satu kenyataan dan badan-badan yang mengharap bantuan Soros perlu sedar tindakan itu tidak membantu negara.
Rakyat boleh menilai, kalau kita biarkan bermakna kita mahu kuasa asing menguasai negara dan Soros mahu menggunakan kuasa wang untuk menimbulkan masalah dalam negara kita,” katanya.
Nah! Kenyataan itu secara tidak lansung membuktikan bahawa peranan Soros dalam memberikan bantuan kepada pertubuhan seperti Bershit adalah untuk menjahanamkan Negara itu memang cukup jelas dan tidak perlu dijadikan pertikaian.

Namun, tindakan Marina mengangung - agungkan Soros dan memberikan gambaran seolah - olah penyokong kuat Rejim Israel itu sebagai seorang manusia 'Suci' kerana memperjuangkan 'Hak Asasi Manusia' jelas tidak dapat diterima. Malah dia memperlihatkan seolah - olah kenyataan Tun Mahathir sebelum ini hanya sekadar Fitnah semata - mata!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping