Rabu, November 30, 2016

Heh! Nampak gayanya, memang saja je Timbalan Perdana Menteri merangkap pemangku Timbalan Presiden UMNO ni nak membuat puak Pakatan Haprak tu meroyan tak tentu arah. Saja je dia nak buat diorang marah dalam ucapan dia semalam.

Sudah la puak Pakatan Haprak tu bengkak dengan kedegilan yang dipamerkan oleh kepimpinan PAS Pusat kerana enggan kembali menyertai gabungan pembangkang sehingga mereka dilabel sebagai 'Pengkhianat' secara terang - terangan.

Kali ini, tampil pulak Timbalan Presiden UMNO ni dengan menzahirkan penghargaan kepada PAS kerana sanggup memberi kerjasama tanpa memerlukan sebarang Tahaluf Siyasi seperti yang pernah dilakukan dengan gabungan Pakatan tu.
“Ada suatu ketika rakan-rakan kita yang berada di luar sana tidak berkenan dengan kita. Tetapi sekarang mereka sudah memahami keadaan kita, tidak perlu tahaluf siyasi, apa yang perlu tabayyun untuk terjemah agenda Islam tanpa ketepikan agama lain, kaum lain.
“Kalau ada orang hulurkan tangan, kita 10 kali hulurkan kepada mereka. Saya tahu ada yang khuatir kalau kita menyambut hulur tangan. Ada yang takut kononnya mereka akan seberang dan berlaku pertandingan 3-4 penjuru,” katanya ketika berucap merasmikan sayap perwakilan Umno Pemuda, Wanita dan Puteri pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Katanya, biarpun agenda dan dasar perjuangan politik antara PAS dengan Umno berbeza, namun hubungan kerjasama dikalangan mereka boleh terjalin terutama apabila ianya melibatkan soal menjaga kesucian agama secara terbuka
“Dalam politik, biarpun kita berada di gelanggang yang berbeza, wujudkanlah pertemuan kesilangan antara kita yang berpandukan kepada landasan agama, sejarah bangsa, dan tuntutan semasa serta perkiraan masa depan.
“Kita sesama kita buka buku baru, rapatkanlah silaturahim, berlapang dadalah dan hulurkan tangan sesama kita,” katanya.
Jika dilihat dari satu sudut, kenyataan seperti itu la yang membuatkan puak Pakatan Haprak tu meroyan tak tentu arah. Bahkan ianya mampu membuat mereka yang cenderung kepada Pakatan tu juga hilang akal. Sebagai contoh Si Mahfuz Bean tu. Sebab orang macam dia yang menganuti ajaran DAPigs ni tak boleh tengok umat Islam bersatu!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Mana tak meroyannya... PRU 14 nanti dah tentu tak jadi calun PAS lagi. Ahli PAN pun tidak. Nampaknya gantung tak bertali lah Mr Bean ni.

    BalasPadam
  2. Meroyan sakan la si Mahfuz...pru 14 belum tentu jdi calon.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping