Sabtu, November 12, 2016

Hahaha!!! Apa punya lawak yang sedang disajikan oleh parti PPBM ni? Baru ditubuhkan dah diorang mula bercanggah sesama sendiri. Cakap pun dah mula berbelit - belit. Sorang ke kiri, sorang lagi ke kanan. Nampak sangat tak 'BERSATU'nya.

Kalau semalam, Presiden parti PPBM tu buat pengumuman yang agak mengejutkan apabila dia mendakwa parti itu akan menangguhkan keputusan untuk menandatangani perjanjian dengan puak Pakatan Haprak tu dalam Konvensyen hari ini.

Presiden PPBM yang sebelum ini telah bersetuju untuk turut serta dalam Konvensyen kali pertama Pakatan Haprak itu dipercayai telah meminta penangguhan kerana inginkan lebih banyak masa untuk berfikir tentang kerjasama yang dirancang.

Menurut laporan yang disiarkan melalui media sebelum ini, Presiden PPBM itu dikatakan mahu menuntut lebih banyak perbincangan diadakan dengan pemimpin - pemimpin Pakatan Haprak mengenai hubungan mereka dengan DAP dan Amanah.

Namun dalam masa yang sama, sumber itu juga melaporkan bahawa Presiden PPBM itu lebih cenderung untuk menubuhkan pembentukan Pakatan pembangkangnya sendiri yang melibatkan PKR dan PAS, bukan bersama dengan DAPigs.

Disamping itu, sumber laporan media itu juga turut mendedahkan perancangan Presiden PPBM itu yang mahu mewujudkan hubungan kerjasama Politik dengan PAS, sekaligus membelakangkan pendirian DAPigs dan PAN sebelum ini.

Malangnya, dalam sidang Konvensyen yang diadakan hari ini, Penasihat PPBM, Tun Mahathir pulak menafikan laporan yang disiarkan oleh pihak media sebelum ini dengan mendakwa bahawa parti itu tetap akan menyertai Pakatan Haprak tu kelak.
"Tidak benar sama sekali bahawa yang menentang perpaduan antara PPBM dengan Pakatan Harapan adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dia (Muhyiddin) bersama saya, bersetuju supaya kita akan menyertai secara langsung dengan Pakatan Harapan," katanya.
Walaubagaimana pun, laporan yang disiarkan melalui laman portal Pro PAN, Malaysia Dateline pula mendedahkan, Tun Mahathir hanya sekadar berjanji mahu menyelesaikan "Masalah" yang timbul berhubung isu perjanjian yang disebut sebelum ini.
"Hari ini jelas kita bersatu. Baju oren ada, biru ada, merah pun ada. Saya berdoa kita berpegang kepada pendirian tegas terhadap keperluan menyingkirkan (Datuk Seri) Najib (Razak). Percayalah saya akan selesaikan sedikit sebanyak masalah isu menandatangani dokumen Pakatan Harapan," katanya ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Dari satu sudut, dua kenyataan yang dilaporkan itu kelihat bercanggah diantara satu sama lain dan memberikan gambaran seolah - olah wujud perbalahan didalam parti PPBM itu sendiri terhadap isu berkaitan dengan perjanjian tersebut.

Apa yang pasti, kenyataan yang berbelit - belit yang dikeluarkan oleh pemimpin PPBM ini membuktikan bahawa parti itu masih belum benar - benar 'BERSATU' seperti mana yang cuba digembar - gemburkan selama hari ini. Kot kalau dalam parti sendiri pun diorang masih berbalah nak buat keputusan, macam mana diorang nak memerintah Negara kelak!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Nampak macam kurang yakin antara satu sama lain. Payah nak bersatu.

    BalasPadam
  2. BERSATU lah sgt..kahkahkah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping