Hahaha!!! Kebaculan apakah yang nak ditonjolkan oleh Si Rafizi ni? Nampak sangat dia ni Pengecut nak buat pendirian berkaitan dengan pembentangan Rang Undang - Undang untuk memperkasakan Mahkamah Syariah tu secara terbuka.
Sebaliknya, Si Rafizi ni hanya berani membuat ulasan dan mengkritik tindakan Presiden PAS membentang pindaan berhubung RUU 355 itu didalam laman media sosialnya sahaja. Itu je yang dia berani buat setakat hari ini.
Kemungkinan besar tindakan yang dilakukan oleh Si Rafizi ni adalah kerana dia takut PAS akan mengutuk dia kerana enggan menyokong RUU 355 tersebut. ATAU mungkin dia juga takut kehilangan sokongan dari PAS diperingkat akar umbi.
Tambah memburukkan lagi keadaan, Bakal Bekas Ahli Parlimen Pondan tu juga turut dikatakan tidak menghadiri sesi taklimat berkaitan dengan RUU 355 itu yang telah diadakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.
Alasan yang diberikan oleh Si Rafizi, dia tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain yang perlu dipenuhi. Itu menunjukkan bahawa Si Rafizi ni tidak menjadikan RUU 355 PAS itu sebagai satu keutamaan yang perlu didahulukan.
Tapi apa yang pasti, tindakan Si Rafizi ni membuktikan bahawa PKR memang tidak ikhlas dalam hubungan kerjasama Politik yang dikatakan masih lagi wujud diantara PAS dan parti itu pada ketika ini. Tetapi mereka hanya sekadar bermuka - muka.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila ketika Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul di Parlimen, Rafizi juga tidak kelihatan menyuarakan apa-apa ulasan berkenaan usul RUU 355 itu.
Namun begitu, secara berselindung di sebalik media sosial, Si Rafizi tu telah dilihat membuat suatu tuduhan jahat dengan mendakwa kononnya usul RUU 355 itu hanya sekadar suatu permainan Politik terancang diantara UMNO dan PAS.
Si Rafizi tu membuat dakwaan kononnya PAS hanya akan dipermainkan oleh UMNO dan membuatkan ahli parti itu ternanti - nanti sehingga RUU 355 itu mendapat kelulusan dari Parlimen untuk dilaksanakan di Kelantan.
"Kali pertama saya menulis mengenai perkara ini lebih sebulan lalu, saya nyatakan secara terbuka jika usul dibentangkan dan diundi, saya tidak ada masalah menyokong kerana memang kita mahu dengar pandangan Umno dalam perkara ini.
"Tetapi apabila berulang kembali perkara ini pada hari ini, jelaslah permainan Umno dalam perkara ini dan saya khuatir PAS akan terus dimain-mainkan. Akhirnya PAS akan terus dilihat berkawan dengan Umno dan memanjangkan tempoh berkuasanya Najib Razak.," dakwa Rafizi dalam status Facebooknya semalam.
Soalnya, yang menggambarkan bahawa PAS 'Berkawan' dengan UMNO tu pun adalah dari kalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri. Jadi, nampak sangat la yang Si Rafizi ni cuba nak memburukkan UMNO dan menambah curiga dikalangan ahli PAS sedangkan dia hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri!!!
Itulah Fizi...ramai dah kenal dan tahu kelentongnya.
BalasPadam