Selasa, November 22, 2016

Hahaha!!! Kelakar jugak puak - puak Pakatan Haprak ni. Dek kerana nak sangat menegakkan benang yang basah, terpaksa la diorang menjadi pembela kepada orang yang dianggap sebagai "Musuh Ketat" mereka pada ketika ini.

Nurul Izzah Anwar berkata Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah - Langkah Khas) Sosma 2012 tidak sepatutnya digunakan terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, atau pun terhadap Datuk Jamal Yunos sekalipun.

Naib presiden PKR itu berkata meskipun beliau tidak suka kepada ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu, beliau tidak tergamak sesiapa pun diletakkan dalam situasi tahanan di bawah Sosma.
“Terus terang saya katakan, tidak kira betapa saya benci Jamal Yunos dan kata-katanya, saya tidak suka sesiapa pun tertakluk di bawah Sosma,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.
Maria ditangkap pada Jumaat kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan kepada demokrasi berparlimen di bawah Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan, dan kemudian ditahan di bawah Sosma.

Nurul Izzah berkata undang-undang keselamatan yang menindas itu tidak sepatutnya digunakan terhadap pengganas kerana sudah ada undang-undang sempurna untuk menangani keganasan dalam negara.
“Malah jika anda bercakap mengenai individu yang berpotensi jadi pengganas, dakwa saja mereka di mahkamah. Ada cara yang sesuai dan kedaulatan undang-undang untuk menangani perkara ini,” katanya.
Pengerusi Amanah Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata meskipun Jamal membuat kenyataan berbaur ugutan menjelang himpunan Bersih 5, tidak ada sesiapa pun sepatutnya ditahan di bawah Sosma.
“Kami tidak akan membiarkan sesiapa pun disiasat di bawah Sosma, bukan Maria atau pun Jamal. Akta itu hanya sepatutnya digunakan terhadap pengganas,” katanya.
“Dia guna perkataan cincang dan menyindir yang penyokongnya lapar. Ia seperti dia cuba menyatakan penyokongnya boleh amuk hanya kerana mereka lapar. Kenyataannya itu boleh dianggap menghasut,” katanya.
Jumaat lalu, Jamal ditahan reman 4 hari untuk membantu siasatan polis berhubung pertembungan antara penyokong PKR dan Baju Merah di Ampang Point, pada Ahad sebelumnya.

Apa yang jelas, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Haprak ni hanya sekadar permainan Politik Retorik semata - mata demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Maka sebab itu diorang sanggup melacurkan diri dan membela seorang yang dianggap sebagai 'Musuh Ketat' sedemikian rupa!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Bullshit...betina ni apa yg dia cakap semuanya tahap longkang.

    BalasPadam
  2. Bodohnya punya janda...Jamal tak terima dana Soros. Maria terima dana Soros.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping