Isnin, November 07, 2016

Sekarang semuanya sudah terbukti bahawa Si Rafizi ni hanya sekadar pandai menabur fitnah. Jika sebelum ini, Ahli Parlimen Pondan tu dah banyak kali kantoi dalam bab mencipta dakwaan terhadap orang lain tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Kalau sebelum ini, Si Rafizi tu pernah kantoi menabur fitnah terhadap isu cincin. Dan yang terbaru, dia didapati bersalah kerana menabur fitnah terhadap Pengerusi syarikat NFCorp. Tidak lupa juga dengan isu berkaitan dengan Lembaga Tabung Haji.

Tapi apa yang pasti, sifat buruk Rafizi yang suka menabur fitnah ini tidak hanya ditujukan kepada pihak parti lawan. Bahkan sebaliknya, senjata fitnah yang menjadi kebiasaan Si Rafizi ni juga turut melibatkan pemimpin dikalangan PKR tu sendiri.

Sebelum ini Si Khalid Ibrahim tu yang menjadi mangsa Si Rafizi melalui agenda Langkah Kajang. Kali ini tiba giliran Si Azmin Ali tu pulak apabila Si Rafizi ni membuat dakwaan terhadap Rejim Pakatan Selangor yang dituduh terlibat dengan Rasuah Betina.

Walaupun Si Rafizi tu sebelum ini pernah membuat laporan kepada pihak SPRM, namun ternyata laporan yang dibuat itu hanya bersandarkan kepada dakwaan semata - mata apabila didapati tiada bukti yang dapat dapat dikaitkan dengan tuduhan tersebut.

Hakikatnya, laporan yang dibuat oleh Si Rafizi tu sebenarnya hanya sekadar taktik untuk menutup kesilapan yang telah dilakukan olehnya sendiri. Dalam erti kata mudahnya, dia terpaksa buat laporan itu walaupun dia tau yang dia takde bukti.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila isu berkaitan dengan tuduhan berlakunya Rasuah Betina dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin mula menjadi isu hangat diperkatakan dikalangan ahli - ahli PKR sendiri.

Maka, untuk menutup kemaluan parti, terpaksa la Si Rafizi tu mengambil tindakan 'Populis' dan membuat laporan kepada pihak SPRM dengan tujuan untuk menutup kes itu dari terus menjadi bahan bualan ahli - ahli diperingkat akar umbi.

Kronologi yang merujuk kepada kes Rasuah Betina itu dapat dilihat apabila kiriman Whatsapp Si Rafizi tu mula terdedah dan mendapat perhatian umum. Namun tuduhan yang dilemparkan oleh Si Rafizi itu telah dinafikan oleh Si Menteri Besar Selangor tu.

Sambil mendakwa tuduhan yang dibuat oleh Si Rafizi itu merupakan satu tindakan yang Tidak Bertanggungjawab dan berniat jahat, Si Menteri Besar Selangor itu juga turut melabelkan Si Rafizi itu sebagai seorang pemimpin yang Bacul.

Kesimpulannya, dakwaan yang dibuat oleh Si Rafizi itu memang benar tidak berasas apabila pihak SPRM sendiri mengakui bahawa tiada bukti yang turut disertakan dalam laporan yang dibuat sebelum ini. Sekaligus kenyataan SPRM itu membuktikan yang Si Rafizi ni memang Kaki Fitnah Nombor Satu di Malaysia!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Tunggulah masa kebinasaan diri sndiri jika hidup dgn menabur fitnah

    BalasPadam
  2. Seorang yang betul2 jahat dan jijik berciri setan. Jangan kerana politik peribadi sanggup melakukan segala kejahatan tanpa hirau hokum hakam. Tidak takut kah kalau ALLAH turunkan bala ke atas diri dan keluarga? Haram pendapatan kalau tidak laksanakan amanah dan kerana imbuhan melakukan kerja2 haram termasuk fitnah pembohongan dan penganiayaan. Hati2 lah kerana bala ALLAH itu pedih dan sehingga hilang segala-gala nya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping