Khamis, November 24, 2016

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan kedudukan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang sering mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Katanya, Khairuddin hanya memegang jawatan kecil ketika berada dalam UMNO tetapi dilihat ‘gemar’ membidasnya dalam banyak perkara.
“Siapa dia untuk buat kenyataan? Berapa pengikut? Suka sangat ‘bantai’ saya. Mungkin dia cari kredit untuk bersuara,” katanya ada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di sini, semalam.
Susulan itu, beliau mengelarkan Khairuddin sebagai ‘sotong laut’ kerana sikapnya seolah-olah menunjukkan konon hanya dirinya sahaja yang mampu membela Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau menjelaskan, tindakan orang seperti Khairuddin ini juga menjadi antara sebab Tun Mahathir berkelakuan 'luar biasa', kini.

Khairuddin sebelum ini dilapor telah mengeluarkan kenyataan membidas Presiden Perkasa itu yang dianggap sudah tidak relevan sehingga membangkitkan kemarahan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas yang terkenal sikap dengan 'cepat panas' itu.

Sementara itu, Ibrahim turut menyelar gerakan pembebasan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Jelasnya, beliau tidak pernah merungut ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 60 hari.
“Saya tidak pernah komplen apabila ditahan dan waktu itu adalah pemerintahan Tun Mahathir. Berbeza dengan kini apabila ditahan selama 10 hari tetapi riuh berkumpul di Dataran Merdeka, soladiriti,” katanya yang semangat memperjuangkan supaya ISA dikekalkan.
Dalam erti kata lainnya, apa yang cuba disampaikan oleh Ibrahim, pemimpin pembangkang yang ada hari ini semuanya 'Manja' belaka. Baru kena tahan sikit, dah mula hilang akal. Siap buat perhimpunan dan sebagainya. Nampak sangat pemimpin yang ada hari ini semuanya Pengecut belaka!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping