Sabtu, November 05, 2016

Heh! Kiranya dia ingat dia hebat sangat ke bila mencabar orang lain untuk mengambil tindakan terhadap dirinya? Mungkin Si Rafizi ni ingat, orang takut sangat nak mengambil tindakan undang - undang kerana merasa dirinya sudah terlalu kebal.

Tapi hakikatnya, kalau dah sekali dia menabur fitnah, sampai ke sudah orang akan ingat. Tak mungkin rakyat di Malaysia ni sanggup dikencing oleh Si Rafizi ni sebanyak dua kali. Dan ini bukan kali pertama dia melakukan fitnah sedemikian.

Pokok pangkalnya, Si Rafizi ni hanya berani mencabar orang lain. Dan terbukti bahawa cabaran yang dia buat itu disahut dengan berani. Berbeza dengan dirinya sendiri yang sampai ke hari ini masih mendiamkan diri bila dicabar secara terbuka.

Nah! Kalau betul Si Rafizi tu Anak Jantang dan bukan PONDAN sepertimana yang digambarkan sebelum ini, sila sahut cabaran yang diberikan ini. Suruh Si Rafizi tu 'KELUARKAN SEMUA DUIT SIMPANAN DIA DALAM TABUNG HAJI'!!! Jangan setakat pandai menyalak dalam media dan membuat tuduhan sedangkan dia sendiri takut nak ambik tindakan!!!
MENJAWAB CABARAN SAMAN YB RAFIZI RAMLI

1. Saya merujuk kepada surat YB Rafizi Ramli bertarikh 4 November 2016 berkaitan cabaran saudara yang mengkehendaki saya menyaman saudara YB Rafizi Ramli berhubung tuduhan menfitnah TABUNG HAJI (TH) atau berdebat secara terbuka dengan saudara sekiranya saya atau pihak TH tidak memfailkan saman dalam tempoh 7 hari.

2. Untuk pengetahuan semua, pihak TH telahpun membuat laporan polis di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 499 kerana telah memfitnah TH. YB Rafizi sendiri memperakuinya dan saya difahamkan siasatan pihak polis telah mendapati wujud kes jenayah fitnah atau 'criminal defamation'. Pihak Peguam Negara telah pun memfailkan pertuduhan Jenayah Fitnah di bawah seksyen 500. Di bawah seksyen ini, jika disabit kesalahan, saudara YB Rafizi boleh DIPENJARA tidak lebih 2 TAHUN atau DENDA atau kedua-duanya sekali.

3. Justeru tidak perlulah saudara YB Rafizi Ramli menunggu sehingga 7 hari untuk mendapatkan jawapan daripada saya untuk mengambil tindakan undang-undang atau menyaman saudara kerana TABUNG HAJI telahpun mengambil tindakan undang-undang saman jenayah terhadap perbuatan fitnah saudara. Untuk makluman juga saman jenayah lebih berat berbanding dengan saman sivil. Biarlah proses perbicaraan di mahkamah yang mulia kelak menentukan sama ada saudara bersalah atau tidak.

4. Saya percaya cabaran saudara untuk saya menyaman atau berdebat tidak lebih daripada gimik politik bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap hukuman denda RM200,000 yg telahpun diputuskan oleh mahkamah atas kesalahan saudara menfitnah syarikat NFC baru-baru ini.

5. Buat akhirnya sebagai saudara seislam saya hanya boleh mendoakan agar saudara diberikan hidayah oleh Allah SWT agar menginsafi segala tindakan fitnah saudara sebelum ini terhadap TH sehingga mendorong 3954 pendeposit menutup akaun mereka, bahkan ada yang terlepas giliran haji hanya kerana terpengaruh dengan fitnah saudara terhadap TH.

6. Saya juga dengan rendah diri menasihatkan saudara dan rakan-rakan saudara supaya dapat menghentikan kerja-kerja menghasut yang telah dan sedang dilakukan selama ini sepertimana yang saudara sendiri akui. Ia hanya mengundang kemudaratan kepada rakyat dan Negara keseluruhannya. Politik menghasut bukanlah amalan politik matang, berakhlak dan berilmu. Malah fitnah yang dinyala dan disemarakkan telah terbukti telah memudaratkan banyak pihak. Marilah kita sama-sama membudayakan politik baru berteraskan adab dan ilmu yang menjadi teras kepada amalan Politik Islam demi kesejahteraan negara dan tanahair yang sama-sama kita cintai.

Saudaramu SeIslam,
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI (DAWD)
Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama)

Jabatan Perdana Menteri
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum ustaz..Tahniah.Jgn sesekali membuka pintu kpd orng2 yg xterpercaya.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ustaz..Tahniah.Jgn sesekali membuka pintu kpd orng2 yg xterpercaya.

    BalasPadam
  3. kaya piji tu ea, mano dapek duit nak baya saman tu kalu tak baya lokap

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping