Rabu, November 23, 2016

Heh! Apa sudah jadi dengan diorang berdua ni? Kenapa tiba - tiba diorang boleh berubah jadi 'Musuh' sedangkan selama hari ini kemesraan diantara mereka berdua dilihat sangat ketara dan jelas terpampang dikhalayak umum?

Perbalahan hangat yang berlaku diantara Tun Mahathir dan Ibrahim Ali ini dilihat semakin hari semakin hangat apabila masing - masing mula menghamburkan tuduhan serta dakwaan secara terbuka melalui media terhadap satu sama lain.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Bekas Perdana Menteri itu mendakwa bahawa dia berasa 'Malu' dengan kenyataan yang dibuat oleh Ibrahim Ali yang sebelum ini menyatakan kesediaan Perkasa bertanding dalam PRU ke 14.

Jelas Tun Mahathir, tindakan yang mahu dilakukan oleh Presiden Perkasa itu bukan sahaja hanya akan merugikan Pakatan. Malah ianya turut dilihat memberikan gambaran seolah - olah Tok Him tu seorang pemimpin yang 'Gila Perhatian'.
“Dia sanggup bekerja dengan seorang yang mencuri dana awam. Saya rasa penyokong dia sedar, dia tidak boleh hidup tanpa perhatian,” jelas Tun dalam satu kenyataan yang dibuat sebelum ini.
Ternyata, tuduhan yang dibuat Tun Mahathir itu dianggap sebagai satu Fitnah oleh Tok Him apabila dia menafikan bahawa usahanya mahu Perkasa bertanding dalam PRU akan datang hanya untuk membantu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan itu muncul dengan satu kenyataan balas sambil menuduh Tun Mahathir sebagai seorang Negarawan yang tidak adil kerana membuat tuduhan melulu terhadap dirinya tanpa sebarang usul periksa.
“Tidak adil seorang negarawan untuk buat tuduhan melulu. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu, lagi pun saya sudah pernah bertanding sebagai calon bebas sebelum ini.
“Saya bukan sokong Najib, ini satu fitnah. Sebab tidak setuju dengan Najiblah saya (dan Perkasa) akan bertanding kerana kami ingin membawa agenda kami,” katanya ketika dihubungi FMT.
Selain daripada itu, Tok Him juga turut menegaskan bahawa dia seorang yang tetap mempunyai prinsip dalam perjuangannya sendiri dan bukan seperti "Lembu" yang boleh memberikan sokongan kepada sesiapa secara membabi - buta.

Jika dilihat dari satu sudut, ada betulnya juga kenyataan yang dibuat oleh Tok Him tu terhadap Tun Mahathir. Takkan hanya kerana Perkasa nak bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang pun dia boleh buat dakwaan sedemkian?

Dan kalau dilihat dengan jelas, kenyataan Tun Mahathir itu juga memberikan gambaran seolah - olah dia cuba nak menafikan sistem Demokrasi yang diamalkan di Negara Malaysia ni dimana semua orang boleh bertanding dalam Pilihan Raya.

Secara kesimpulannya, aksi 'Melatah' yang ditonjolkan oleh Bekas Perdana Menteri itu terhadap kenyataan Tok Him berhubung isu Perkasa nak bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang membuktikan bahawa dia sedang berada dalam keadaan terdesak nak menjaga kepentingan Politik Peribadi dirinya sendiri!!!

PS: P.Ramlee dah pernah kata dulu, "Dah Kena Dah. Penyamun Jual Si Penyangak!!!"
Categories:

1 ulasan:

  1. Allah maha kaya. Ditakdirkan mereka selisih pendapat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping