Itu yang dapat disimpulkan ekoran tindakan Si Rafizi tu melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Agung PKR baru - baru ini. Walaupun kedudukan Si Rafizi tu diganti oleh Siputdin Nasution, tapi ianya belum mampu memberi jaminan.
Andaian itu juga turut dikongsikan oleh seorang penganalisis politik, Datuk Prof Dr. Ramlah Adam selepas ditanya berkaitan dengan tindakan Rafizi yang membuat pengumuman untuk melepaskan jawatan tersebut sebelum ini.
Khabar angin bahawa wujudnya dua kem (kem Wan Azizah dan kem Azmin) dalam PKR itu memang tidak lagi dapat dinafikan pimpinan parti, ujar Ramlah. Bahkan ianya sudah menjadi satu 'Rahsia Umum' sejak sekian lamanya.
"Kalau kita lihat konflik (PKR) tu ada Wan Azizah dan Azmin. Sebab Azmin dapat jadi Menteri Besar, Wan Azizah pula sebaliknya biarpun dia dicadangkan.
"Kalau kita nak kaitkan Anwar letakkan Rafizi sebagai benteng menjaga Wan Azizah, saya rasa kalau sekarang bila Rafizi letak jawatan bermakna keadaan tidak dapat dikawal," katanya kepada Antarapos.
Rafizi, sebaik sahaja didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, berikutan memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mengumumkan peletakkan jawatannya berkuatkuasa 26 November lalu.
Tambah Ramlah, beliau juga memang sudah menjangkakan bahawa Si Rafizi tu tidak akan bertahan lama untuk menggalas tugas - tugas sebagai seorang Setiausaha Agung kepada parti.
"Biasanya budak suruhan ini memang takkan kekal lama, tambah-tambah lagi jawatan setiausaha agung," kata Ramlah.
Rafizi juga menurut Ramlah turut menghadapi kesukaran untuk bergerak atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung parti sementelah dia tidak mendapat sebarang kerjasama daripada Azmin, yang juga merupakan Menteri Besar Selangor.
"Saya rasa Azmin Menteri Besar semakin banyak kuasa, (meskipun) banyak juga perkara-perkara yang dia tidak boleh jawab dalam sdiang DUN Selangor. Azmin pun tidak memihak kepada Rafizi, sebab tu lebih baik dia berundur," ujar Ramlah.
Dalam erti kata mudahnya, pengaruh Kartel Azmin dalam PKR tu pada ketika ini dilihat semakin bertambah. Nak pulak apabila 'Ayam Tambatan' Wan Azizah bakal disumbat ke dalam penjara akibat ke-BODOH-an dan ke-GHAIRAH-an dirinya sendiri. Mungkin lepas ni, Kartel Azmin tu boleh buat kenduri secara besar - besaran!!!
pkr dlm kehancuran.
BalasPadamKartel anwar bakal dihancurkan oleh kartel aiskrimin pelobi parti bunga....
BalasPadamRafizi pula tidak tahu berpolitik. Nakkan glamour dengan mendedahkan cerita fitnah dan bohong.
BalasPadamAzmin pandai, dia tidak bawa kes2 fitnah tapi dia main percaturan politik.
Rafizi cuma pandai reka dan tabur fitnah. Yg diserang pulak tu institusi Melayu dan Islam, maknanya dia macam mahu menjahanamkan bangsa dan agamanya sendiri. Tak layak jadi pemimpin di negara ini yg majoriti rakyat adalah Melayu dan Islam.
BalasPadamorg jahat akan masuk penjara..
BalasPadam