Khamis, Disember 29, 2016

Sedangkan slot drama paling popular dikaca televisyen pun ada jugak penghujungnya. Tapi drama Politik yang satu ni nampak gayanya masih belum sampai tahap kemuncak. Katanya, banyak lagi siri - siri yang bakal dihidangkan kepada rakyat.

Di konvensyen Pakatan Haprak yang pertama, Timbalan Presiden parti Ternakan DAPigs, Si Din Pudu tu menegaskan nama bagi calon Perdana Menteri sebelum terbebasnya Si Ketua Penipu tu dari perlu ditentukan dalam tempoh seberapa segera.
“Siapa dia? Konvensyen ini akan putuskan dalam apa cara sekalipun,” kata beliau yang dipetik Malaysia Dateline. Di sinilah bermulanya cadangan diadakan jawatan PM sementara.
Malaysiakini melaporkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula mengesahkan PH akan mengadakan mesyuarat khas untuk menentukan calon PM pakatan pembangkang. Namun malangnya, sebelum sempat mesyuarat itu diadakan...

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dipetik China Press sebagai berkata PH sudahpun mencapai kata sepakat pada 13 Disember mengenai calon PM and timbalan PM sementara. Kit Siang juga memetik nama Presiden Amanah Mohamad Sabu untuk menguatkan hujahnya.
“Seperti Mat Sabu sebut tadi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi calon yang baik untuk perdana menteri sementara. Saya akan menambah, dengan perjanjian yang dicapai antara Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada hari Selasa untuk pakatan pilihan raya bagi mengalahkan Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang, maka Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi calon yang sesuai untuk jawatan timbalan perdana menteri sementara,” kata Kit Siang ketika menghadiri majlis makan malam kutipan dana anjuran Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bukit Gelugor.
Persoalannya, betul ke puak Pakatan Haprak tu dah bincang mengenai isu siapa calon Perdana Menteri mereka? Atauadakah Si Lim Kit Siang tu hanya bermimpi yang puak Pakatan Haprak tu telah mengadakan perbincangan tersebut?

Melihat keadaan menjadi semakin kelam - kabut dalam menangani isu tersebut, Naib Presiden PKR, Si Rafizi Ramli tidak dapat menahan diri lalu masuk ke dalam perdebatan ini dan menyatakan bahawa calon Perdana Menteri itu perlu ditangguhkan.
“Lebih banyak kita bercakap mengenai siapa yang akan jadi perdana menteri, kita akan hilang sokongan rakyat yang kita perlukan undi mereka. Saya tidak ada pendapat (mengenai) siapa yang akan jadi perdana menteri, saya hanya fikir (perbincangan) ini perlu dihentikan,” tegas Rafizi seperti yang dilapor Malaysiakini.
Namun, keadaan tidak berubah apabila nada yang disuarakan oleh Rafizi itu seolah - olah tidak dipersetujui Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad dan Si Din Pudu tu sendiri yang tetap menyatakan bahawa calon PM Sementara itu perlu diumumkan.

Dalam membalas teguran Rafizi, Khalid menegaskan calon perdana menteri bagi PH perlu ditentukan untuk mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan memastikan PH dapat bertahan selepas pilihanraya, lapor Antarapos.

Melihat situasi yang semakin tegang ini, Pengerusi PPBM Tun Mahathir yang pernah mencadangkan agar Muhyiddin menjadi calon PM pembangkang pula bersuara dengan mengatakan sekiranya nama calon itu diumumkan terlalu awal, takut ada yang kecewa.
“Ia patut diumumkan oleh gabungan pakatan pembangkang. Jika mereka umumkan (awal), ada pihak yang akan kecewa sekali gus menyebabkan perdebatan antara kami. Buat masa ini kami tidak boleh umum perdana menteri,” tegas Tun Mahathir ketika ditanya mengenai isu calon PM pembangkang di dalam Forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang dianjurkan Malaysiakini.
Sejurus Tun Mahathir membuat kenyataan, Setiausaha Agung PAN Mohd Anuar Mohd Tahir pula menyuarakan nada yang berbeza dengan pimpinan PAN yang pernah mengeluarkan kenyataan mengenai isu calon Perdana Menteri sebelum ini.

Anuar menegaskan PAN mengambil sikap yang sama dengan Dr Mahathir dan “parti itu tidak akan ‘menari ikut rentak’ pihak lain” kerana ini bukanlah keutamaan mereka. Kalau betul, mengapa pula pendirian antara pimpinan parti itu sendiri sering kali berbeza-beza? Maknanya, panjang lagi la drama pasal calon Perdana Menteri Sementara puak Pakatan Haprak ni!!!
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping