Khamis, Disember 29, 2016

Permuafakatan Politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menjadi sia-sia jika pemimpin mereka terus bersuara secara terbuka menerusi media massa dan tidak melalui saluran yang betul.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata pemimpin gagasan itu harus berpegang kepada perjanjian yang diikat bersama pada 13 Disember lalu, jika tidak ia mungkin akan 'dibubarkan sebelum masanya'.

"Bila ramai daripada mereka memilih untuk bersuara secara terbuka dalam media massa dan mengabaikan saluran yang ditetapkan oleh perjanjian maka ini akan merumitkan keadaan sekali gus menjadikan perjanjian yang telah mereka tandatangani itu sebagai tidak bermakna.

"Cadangan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Baharuddin, supaya PAN digabungkan ke dalam PKR sepatutnya tidak ditimbulkan lagi setelah perjanjian persefahaman PH-PPBM ditandatangani, jika mahu dibuat pun ia mestilah dibuat di dalam mesyuarat bersama.

"Begitu juga kenyataan Timbalan Presiden PKR mengenai kesediaan PKR memberikan sebahagian kerusinya kepada PPBM di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang tidak perlu lagi disuarakan jika kandungan perjanjian dihormati.

"Turut tidak perlu disuarakan adalah kenyataan terbuka Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad, bahawa PAN bercadang untuk menandingi 40 kerusi Parlimen dalam PRU14, termasuk kerusi yang di dalam PRU13 ditandingi oleh PAS dan PKR," katanya.

Mengulas lanjut, Kamarul berkata, jawatankuasa teknikal yang dibentuk menerusi muafakat politik berkenaan memainkan peranan penting bagi memastikan ketegangan antara parti dapat dikendurkan.

"Jika ini dapat dilakukan secara objektif, sistematik dan saintifik serta membabitkan kesemua kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri maka soal parti mana perlu menyerahkan kerusi kepada parti mana atau soal parti mana akan menerajui negeri mana secara automatik akan selesai sendiri.

"Oleh itu, pemimpin PH-PPBM sepatutnya belajar untuk lebih mengunci mulut masing-masing mengenai hubungan antara mereka dan sebaliknya menyuarakan segala cadangan mereka di dalam mesyuarat dalaman bersama bagi mengelakkan dari timbulnya persepsi negatif terhadap mereķa," ujarnya lagi.
Categories:

1 ulasan:

  1. Masing2 nak tunjuk hebat...nak buat macam mana.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping