Isnin, Disember 05, 2016

Mahkamah Rayuan Syariah di sini, hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan tuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel tiga hakim syarie dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr. Md. Yusup Che Teh turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 14 April 2010 yang mengetepikan permohonan Anwar supaya pihak pendakwa syarie memulakan prosiding pertuduhan qazaf Mohd. Saiful. 

Hakim Md. Yusup yang bersidang bersama Hakim Datuk Yusof Musa dan Mohd. Amran Zin sebulat suara memutuskan demikian selepas bekas ketua pembangkang itu gagal mengemukakan bukti untuk memulakan tindakan qazaf terhadap Mohd. Saiful. 

Mahkamah turut memutuskan Ketua Pendakwa Syarie mempunyai kuasa eksekutif untuk memulakan atau tidak suatu kes pendakwaan. 

Terdahulu pada Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menolak permohonan qazaf Anwar terhadap peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah selepas memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan yang berkaitan dengan liwat.

Ini kerana negeri Selangor tidak menganggap liwat satu kesalahan sama dengan zina.

Pada 23 April 2010, Anwar memfailkan notis rayuan dan semakan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pada 14 April 2010, yang menolak permohonannya bagi memulakan prosiding pertuduhan kes qazaf terhadap Mohd Saiful.

Dalam permohonan itu, beliau menamakan Shamsuddin, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai responden.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Cukuplah tu bang Non. Bnyak dah bukti yg bang Non bersalah ttg perbuatan tu. Lebih baik gunakan masa yg ada utk bertaubat atas segala kesilapan lalu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping