Isnin, Disember 05, 2016

Heh! Kan betul seperti mana yang dinyatakan sebelum ini? Ternyata bekas Perdana Menteri Malaysia ni seorang pemain Politik yang cukup hebat. Maka sebab itu dia dilihat cukup pandai bermain dengan bahasa Politik yang mengelirukan.

Masuk kali ini sahaja, dah berapa banyak kali kita mendengar dan membaca kenyataan yang telah dikeluarkan berputar belit sehingga membuatkan ramai yang keliru dengan pendirian sebenar bekas Perdana Menteri Malaysia tu sendiri.

Jika sebelum ini, Tun Mahathir sendiri membuat dakwaan dan melakukan penghinaan secara terbuka terhadap PAS sebagai sebuah parti yang telah menjadi 'Pemakan Dedak' kepada Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib. 

Tindakan yang dilakukan sewaktu Konvensyen Pakatan Haprak tu sebelum ini mendapat liputan meluas dan ianya dianggap sebagai satu Penghinaan yang cukup besar terhadap PAS. Semuanya hanya kerana PAS dilihat 'Mesra' dengan UMNO.

Tapi kali ini, Pengerusi parti Cap Bunga tu tiba - tiba pulak merubah rentak permainan Politiknya dan seolah - olah dilihat cuba nak memancing sokongan simpati dari kalangan penyokong PAS agar turut bersama dengan Pakatan Haprak tu.

Dalam ucapan yang disampaikan sewaktu menghadiri Konvensyen DAPigs hari ini, Tun Mahathir dilihat cuba memberi 'Kata Dua' kepada PAS sama ada parti itu bersama dengan Pakatan atau terus ditinggalkan untuk menghadapi PRU kelak.
“Kami cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk menyertai kami, kerana jika kita semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.
“Tetapi jika kita tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka kita akan bergerak tanpa mereka.
“Oleh kerana ini adalah politik dan dalam sebuah negara demokrasi, kita tidak boleh mengatur segala-galanya,” katanya kepada media di Persidangan Kebangsaan DAP di sini hari ini.
Apabila ditanya mengenai tarikh akhir yang diberikan kepada PAS untuk membuat keputusan mengenai pilihan yang telah diberikan sama ada mahu bersama dengan Pakatan atau sebaliknya, Tun Mahathir kata ia masih belum diputuskan lagi.
“Kami akan membuat keputusan secepat mungkin. Saya perlu berunding dengan rakan dalam PPBM dahulu.”
Jawapan Tun Mahathir itu sahaja sudah mengelirukan. Dia bagi PAS buat pilihan. Tapi dalam masa yang sama, dia takut nak tentukan bila PAS perlu menyatakan keputusan terhadap pilihan yang dibuat. Kan nampak sangat mengarutnya.

Dari satu sudut, jelas tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir itu hanya sekadar satu cubaan untuk menagih simpati murahan dari PAS sebagai satu langkah meraih sokongan terhadap gerakan yang hendak dikepalainya pada ketika ini.

Malah, kenyataan Tun Mahathir itu juga secara tidak lansung membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak tu masih tidak percaya dengan kemampuan diri mereka sendiri dan masih mengharapkan sokongan dari kalangan akar umbi PAS.

Dalam erti kata lainnya, puak Pakatan Haprak tu masih lagi menganggap PAS sebagai sebuah parti yang memang mempunyai pengaruh dan kekal relevan dikalangan rakyat. Bahkan mereka sedar bahawa tanpa sokongan serta dokongan dari PAS, kemungkinan mereka hendak menawan Putrajaya sudah pasti akan mengalami ke-GAGAL-an!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. parti bunga pulak bila nak join fuckatan hipokrit?? Dah sign agreement persefahaman ke belum???

    BalasPadam
  2. PAS mempunyai kekuatannya tersendiri. Tidak perlulah PAS bergabung dengan mana-mana parti. Saya lebih suka dengan keadaan PAS sekarang. Amaran mahathir tu tak perlu dipertimbangkan langsung. Dia sekarang dah hilang prinsip kemelayuannya. Sanggup menggadai apa saja demi kepentingan keluarga dan empayarnya. Contoh MELAYU SUDAH LUPA yang terbaik dan akan dikenang sebagai melayu penderhaka dalam lipatan sejarah.

    BalasPadam
  3. Nak jadikan Pas alat utk capai kepentingan politik diri sendiri plk dah.

    BalasPadam
  4. penyatuan pas n umno merupakan satu malapetaka besar bg puak2 anti islam..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping