Khamis, Disember 01, 2016

Hahaha!!! Dari jauh dah boleh bau busuk Longkang yang menusuk dalam lubang hidung ni bila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Menteri Besar Selangor ni. Nampak sangat yang dia hanya bercakap atas dasar Retorik semata - mata.

Walaupun kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor ni merujuk kepada ucapan perasmian yang dibuat oleh Pemangku Timbalan Presiden UMNO semalam, tapi ternyata ianya hanya sekadar gimik nak menutup kemaluan diri sendiri.

Hakikatnya, kenyataan yang dibuat oleh Azmin itu tidak mencerminkan 'Demokrasi' yang diperjuangkan oleh puak Pakatan Haprak tu. Sebaliknya, ia menonjolkan lagi sifat Retorik dan suka bermuka - muka yang menjadi amalan Pakatan.

Dalam kenyataannya semalam, Si Azmin tu mendesak agar Timbalan Perdana Menteri memahami konsep demokrasi dan bersikap terbuka mengenai semua isu yang dikatakan berkaitan dengan kehendak rakyat yang inginkan perubahan.
“Saya rasa Zahid perlu memahami prinsip demokrasi dan apa yang penting kerajaan perlu lebih terbuka dalam perkara ini. Ia adalah bersesuaian dengan kehendak dan perubahan yang berlaku dalam negara dan dunia ketika ini. Diharap beliau faham supaya kita boleh membuka ruang dan peluang kepada rakyat,” katanya kepada media di sini, hari ini.
IRONIKnya, sifat yang ditonjolkan oleh puak Pakatan Haprak tu selama ini juga tidak mencerminkan Demokrasi yang dimaksudkan oleh Azmin. Sebaliknya, tindakan yang dilakukan seringkali bertentangan dengan semangat Demokrasi itu sendiri.

Misal contohnya, apabila PAS membentangkan pindaan RUU 355 sebelum ini, puak Pakatan Haprak tu tidak menerimanya secara terbuka. Bahkan mereka menentang pindaan yang dicadangkan oleh Presiden PAS itu secara terang - terangan.

Malah, puak Pakatan Haprak tu juga turut menjadikan isu berkaitan dengan pindaan RUU 355 PAS yang bertujuan untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah itu sebagai Modal Politik Longkang mereka bagi menghasut rakyat.

Dan tidak cukup hanya sekadar itu sahaja. Apabila PAS yang dilihat mula cenderung menyokong usaha pihak Kerajaan yang mahu memantapkan isu akidah dikalangan umat Islam pun puak Pakatan Haprak tu tidak menerimanya secara terbuka.

Tambah memburukkan lagi keadaan, puak Pakatan Haprak tu pulak yang didapati menabur fitnah dan membuat tuduhan kononnya PAS sudah menjadi 'Pemakan Dedak' hanya kerana pendekatan mereka yang dilihat 'Mesra' Kerajaan.

Maka, pokok pangkalnya, apabila Si Azmin tu berbicara soal 'Demokrasi', nampak sangat yang dia bercakap dengan dinding tanpa mencerminkan diri serta pendirian puak Pakatan Haprak tu sendiri. Apa yang dia lakukan hanya sekadar pandai bercakap, tapi terbukti yang dia tidak mampu untuk melaksanakannya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping