Khamis, Disember 01, 2016

Hahaha!!! Makin bengkak la Si Mak Lampir tu dibuatnya apabila Si Rafizi tu membuat cabaran secara terbuka agar semua pemimpin Politik di Malaysia ni mengisytiharkan harta yang mereka miliki. Mau meroyan Si Mak Lampir tu jadinya.

Jika sebelum ini, Si Rafizi tu pernah tampil membuat desakan yang sama agar Si Anak Ikan Mak Lampir tu mengisytiharkan hartanya ekoran pendedahan yang dibuat secara terbuka terhadap kekayaan luar biasa yang dimiliki.

Namun desakan yang dibuat Si Rafizi tu telah ditempelak semula oleh Si Mak Lampir bagi melindungi rahsia kekayaan luar biasa Anak Ikan kesayangannya dari melakukan perkara yang mampu mendedahkan kemaluan dia secara terbuka.

Pada ketika itu, Si Mak Lampir tu memberikan alasan kononnya desakan yang dibuat secara terbuka oleh Si Rafizi tu tak masuk akal sambil mendakwa Si Anak Ikan kesayangannya itu bukan seorang Ahli Parlimen, ADUN ataupun penjawat awam.

Maka sekali lagi Si Rafizi tu cuba nak memalukan Si Mak Lampir tu dengan mengeluarkan cabaran agar semua pemimpin dipelbagai peringkat membuat pengisytiharan harta yang mereka miliki tanpa mengira kedudukan mahupun jawatannya.

Rafizi mendakwa, ianya bukan menjadi satu alasan terhadap mana - mana pihak untuk tidak membuat pengisytiharan harta sekiranya mereka tidak memiliki sebarang jawatan seperti mana yang telah didakwa oleh Si Mak Lampir tu sebelum ini.
“Saya cukup tidak setuju jika ada yang kata, mereka yang ada jawatan dalam kerajaan sahaja perlu mengisytiharkan harta. Saya fikir jawapan itu memperbodohkan rakyat.
“Kalau saya berjawatan menteri dan mahu makan rasuah, pastilah saya tidak akan ambil kontrak atas nama saya. Pasti saya akan gunakan nama proksi, kroni, anak atau isteri,” katanya dalam sidang media di pejabat Invoke Malaysia hari ini.
Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Si Rafizi itu jelas menyindir pendirian yang telah dibuat oleh Si Mak Lampir tu sebelum ini. Bahkan, dia juga seolah - olah turut memberikan gambaran bahawa Si Mak Lampir tu 'Makan Rasuah'.

Persoalannya, berani ke pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu menyahut cabaran yang dibuat oleh Si Rafizi tu bermula dengan Si Mak Lampir tu sendiri? ATAU, adakah dia akan memberikan alasan lain bagi menutup kemaluan dirinya?

Tapi apa yang pasti, bagi sesetengah pihak, tindakan yang dilakukan oleh Si Rafizi tu membuat pengisytiharan harta bukan sebab dia nak tunjuk yang dia seorang yang Jujur ataupun Bersih. Sebaliknya, dia hanya sekadar nak menyindir Si Mak Lampir tu sahaja. Dalam erti kata mudahnya, Kaki Fitnah Nombor Satu Malaysia ni hanya sekadar POYO!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Haha nak nak kelentong la admin...Teuku aceh tu tak mahu istihar harta engkau tak bising padahal menteri kabinet mangkok dimestikan istihar harta .

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping