Ahad, Disember 04, 2016

Heh! Tak sangka. Mudah sangat Si Mahfuz Bean ni meroyan macam orang hilang akal. Tiba - tiba pulak dia jadi heran kenapa UMNO tidak 'Serang’ PAS dalam perhimpunan agung parti itu kali ini sebaliknya `menyerang’ Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jika sebelum ini, Si Mahfuz Bean tu tampil dengan satu kenyataan menyatakan bahawa dia tidak mahu melihat UMNO dan PAS bersatu. Kali ini, dia cuba pulak menimbulkan persepsi negatif terhadap kedua - dua parti yang dilihat semakin 'Mesra' tu.

Apa yang jelas, Si Mahfuz Bean seolah - olah tidak berpuas hati dengan perkembangan tersebut menyifatkan perkara itu menunjukkan bahawa PAS dan UMNO tidak lagi bermusuhan sebaliknya musuh UMNO kini adalah Mahathir dan Pakatan Harapan.
“Persidangan Agung UMNO kali ini mencipta sejarah baru apabila buat julung kalinya PAS terlepas dari serangan UMNO, sebaliknya PAS buat pertama kali menerima pujian dari Presiden Parti UMNO,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mahfuz yang merupakan pemimpin PAS tetapi pro-Pakatan Harapan turut mendakwa Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan politik pembangkang yang mampu mengambil alih Malaysia pada pilihan raya umum akan datang dengan bantuan Mahathir.

Bagi sesetengah pihak, tindakan yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean yang tampil memburukkan PAS dan UMNO itu bukannya satu perkara yang menghairankan keraja sejak kebelakangan ini dia memang cenderung menyokong Pakatan.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Si Mahfuz Bean tu banyak kali dilihat menjadi Pengkhianat kepada PAS dan sering juga muncul diatas pentas ceramah Pakatan yang menjadikan PAS sebagai Musuh Utama mereka sejak akhir - akhir ini.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAPigs dan PKR untuk mengenepikan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dibimbangi boleh menjejaskan sokongan bukan Islam.

Gabungan parti pembangkang yang diketuai oleh DAPigs itu kemudian 'menubuhkan' PAN yang dianggotai oleh bekas pemimpin PAS dengan alasan kononnya bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan pembangkang.

Pakatan Harapan seterusnya menerima tawaran kerjasama oleh Mahathir yang menubuhkan Parti Pribumi untuk melunaskan dendamnya terhadap UMNO. Namun ianya tidak dipersetujui oleh Muhyiddin Yassin secara tidak lansung.

Namun apa yang pasti, tindakan yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu membuktikan bahawa dia memang tidak suka melihat UMNO dan PAS bersatu biarpun diatas dasar penyatuan Ummah. Sebaliknya, Si Mahfuz Bean tu lebih rela melihat PAS menjadi Balaci dan juga Barua kepada DAPigs demi kepentingan Politik Peribadinya sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Dulu masa pau serang Pas, sebok dok marah umno guna pau utk serang Pas. Tak bincang pasal rakyat. Skrg marah plk klu pau tak serang Pas. Apa yg kamu mahu sebenarnya.

    BalasPadam
  2. Apa masaalahnya Mr Bean, yang kau sebok sebok pasai PAU tu buat apa. Ikut suka UMNO la, sapa dia nak serang, sapa dia nak puji. Orang tak sebok pun pasal persidangan agong PAS. Kalau PAS nak serang, nak hentam UMNO... dipersilakan lah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping