Ahad, Disember 04, 2016

Hahaha!!! Memang agak kelakar pulak tengok gelagat yang ditonjolkan oleh puak Pakatan Haprak ni. Tapi apa boleh buat. Dah sememangnya puak Pakatan Haprak ni sering hidup dengan penyakit Sindrom Penafian yang sememangnya cukup kronik.

Jika selama ini, mereka cuba memberikan gambaran kepada rakyat bahawa UMNO ni sebuah parti yang tertutup dan tidak dapat menerima sebarang kebenaran. Tapi, bila ada yang berani bercakap benar, mula la diorang pun hilang akal.

Maka sebab itulah mereka sanggup memanipulasikan ucapan yang dibuat oleh Ketua Puteri UMNO Jerantut sewaktu membahaskan ucapan dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Habis merata diorang menjaja cerita pasal Ketua Puteri tu.

Namun malangnya, persepsi yang ditimbulkan itu seolah - olah cuba nak mengelirukan rakyat sedangkan pentas Perhimpunan Agung UMNO ini merupakan gelanggang untuk para perwakilan meluahkan isi hati dari kalangan rakyat.

Itu membuktikan bahawa UMNO ni masih ada sifat keterbukaan dan tidak seperti mana yang didakwa oleh puak Pakatan Haprak tu selama hari ini. Sebaliknya, tindakan mereka yang memutar belit kenyataan Ketua Puteri itu yang meloyakan.

Apa yang dilakukan oleh puak Pakatan Haprak tu seolah - olah ingin memberikan persepsi negatif tdengan dakwaan kononnya Kerajaan Barisan Nasional ni sering kali menipu rakyat dan cuba nak sembunyikan perkara sebenar dari rakyat.

Walhal, apa yang dinyatakan oleh Ketua Puteri UMNO Jerantut itu merupakan satu penegasan supaya Kerajaan sentiasa bersikap jujur dengan rakyat dalam memberi penjelasan mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan oleh puak Pakatan.

Itu tidak bermakna yang Ketua Puteri UMNO Jerantut tu membuat dakwaan kononnya Kerajaan sering kali cuba nak menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan rakyat. Jauh sekali dia nak menuduh Kerajaan suka menipu rakyat.

Tapi dek kerana ketandusan idea dikalangan puak Pakatan Haprak tu untuk dijadikan sebagai modal Politik Haprak mereka, maka terpaksa la diorang mempergunakan ucapan Ketua Puteri UMNO itu sebagai bahan jajaan Politik Keji mereka.

Tindakan yang dilakukan oleh puak Pakatan Haprak tu jelas membuktikan bahawa dakwaan mereka terhadap UMNO selama ini ternyata meleset sama sekali. Sebaliknya, UMNO tetap membuka ruang untuk ahlinya memberikan pandangan.

Sementelah lagi, ianya merupakan adap didalam Islam. Kalau nak menengur pemimpin kena ada caranya. Bukan dengan kaedah mengadakan demonstrasi Jalanan atau pun diatas pentas ceramah Politik yang sering dilakukan oleh puak Pakatan tu.

Pokok pangkalnya, ucapan bernas yang disampaikan oleh Ketua Puteri UMNO Jerantut itu sebelum ini bukan sahaja menjadi bahan manipulasi puak Pakatan Haprak tu semata - mata. Malah ianya juga membangkitkan kerisauan dikalangan mereka terhadap keterbukaan UMNO tu secara terang - terangan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping