Khamis, Disember 08, 2016

Heh! Heran kan? Kita ingatkan kenyataan yang dikeluarkan diatas ni bercerita mengenai kontroversi berkaitan dengan jemputan yang diterima oleh Tun Mahathitr sewaktu Konvensyen yang telah dianjurkan oleh DAPigs baru - baru ini.

Tapi sebaliknya, kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua - dua pemimpin parti PPBM tu hanya berkaitan dengan kekosongan kerusi untuk Tun Mahathir sempena pemahsyuran Yang DiPertuan Agong pada 13 Disember nanti.

Nampak gayanya, diorang lebih mengutamakan soal 'Kerusi' dari penghinaan yang diterima oleh Tun Mahathir sewaktu menghadiri Konvensyen DAPigs tu baru - baru ini. Isu pasal 'Kerusi' tu yang lebih mendapat perhatian dari mereka.

Walhal, tindakan dan reaksi dari perwakilan DAPigs yang sebelum ini bertindak meninggalkan parti itu hanya semata - mata kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti dan turut menghina Tun Mahathir hanya didiamkan sehaja.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila ada dikalangan pemimpin DAPigs diperingkat akar umbi bertindak keluar dari parti dan menganggap kepimpinan parti itu telah menipu ahlinya kerana sanggup bersekongkol dengan Tun Mahathir.

Dan ekoran kehadiran Tun Mahathir itu juga membuatkan ramai dikalangan ahli perwakilan sewaktu Konvensyen itu bertindak meninggalkan dewan sehingga menyebabkan dewan itu lenggang tanda protes terhadap tindakan pemimpin DAPigs.

Jika sebelum ini, salah seorang pemimpin DAPigs peringkat akar umbi pernah juga memaki hamun Tun Mahathir dan menggelarkan bekas Perdana Menteri itu sebagai 'Bapa Ayam'. Tapi pemimpin PPBM hanya sekadar mendiamkan diri.

Jelas, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAPigs itu merupakan satu penghinaan yang cukup nyata terhadap Pengerusi PPBM secara terbuka. Tapi, kenapa pemimpin PPBM hanya mendiamkan diri dan tidak memberikan reaksi mereka?

Adakah penghinaan yang dilemparkan oleh pemimpin DAPigs itu tidak sepenting isu 'Kerusi' yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini? Adakah soal maruah bekas Perdana Menteri itu tidak dianggap sebagai keutamaan kepada pemimpin PPBM?

ATAU, mungkinkah mereka sengaja mendiamkan diri mengenai perkara itu kerana memang niat diorang nak Tun Mahathir menerima penghinaan seperti itu secara terbuka dan mencalar imej serta maruah bekas Perdana Menteri itu?

Kalau kita lihat dari satu sudut, dalam PPBM pada ketika ini pun dah mula berpecah dua. Satu kumpulan mahu bekerjasama dengan DAPigs dan Pakatan. Manakala satu kumpulan lagi lebih cenderung menjalin hubungan dengan PAS.

Maka, tak mustahil sekiranya ada dikalangan pemimpin PPBM itu sengaja mendiamkan diri apabila DAPigs menghina Tun Mahathir secara terbuka kerana mereka tidak mahu menjalinkan hubungan kerjasama Politik dengan puak Ultra Chauvanist tu. Atau mungkin, diorang ni tak setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Tun M???
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping