Isnin, Disember 12, 2016

Walaupun dikecam oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai parti yang keliru, PAN mendakwa PAS tidak mustahil akan memilih untuk terus menjadi parti yang keliru dan mengelirukan sehingga tiba saat Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Katanya, dengan menjadi sebagai sebuah parti yang keliru, kepimpinan PAS bukan saja dapat mengelirukan rakyat, bahkan penyokong mereka sendiri yang akan turut dikelirukan dengan keadaan Politik parti itu pada ketika ini.

PAN juga mendakwa, mengelirukan rakyat, terutama penyokong di luar bandar adalah perkara yang paling diharapkan kerana dengan kekeliruan itulah yang akan menyebabkan UMNO dan BN mampu menang pilihanraya dan dapat terus berkuasa.

Namun, persoalan yang dibangkitkan oleh PAN adakah Presiden PAS, Hadi Awang juga turut terkeliru dengan pendirian yang dibuat melalui parti yang dipimpinnya itu? Jawapan yang mereka berikan, tentu saja tidak.

Jelasnya, PAS adalah parti politik dan Hadi Awang pula adalah pemimpin politik. Maka keadaan itu membuatkan PAS dan Hadi tidak berbeza dengan parti politik atau pemimpin politik yang lain yang ada di dunia moden ini. Semua mereka adalah sama.

Malah PAN juga mendakwa, parti politik dan orang politik sentiasa kemaruk dengan kuasa. Cuma kadang - kadang mereka pandai mengelirukan rakyat dan berselindung di sebalik keinginan mereka terhadap kuasa itu secara terbuka.

Alasan mereka, apabila PAS kekal menjadi parti yang keliru dan pertandingan menjadi punca berlakunya tiga penjuru, kebarangkalian untuk BN menang lebih kerusi dalam PRU 14 nanti adalah tinggi kerana kejayaannya mengelirukan pengundi.

Dengan pengundi keliru kerana sesama pembangkang berlawan tiga penjuru, UMNO dan BN sebagai Kerajaan sedia ada akan lebih mudah menjalankan kerja - kerja pengeliruan mereka bagi tujuan untuk mengekalkan kuasa.

Kata parti Ternakan DAPigs itu lagi, kedudukan pengundi keliru, terkeliru atau sengaja dikelirukan, PAN mendakwa PAS juga mampu untuk mengekalkan kemenangan di kawasan - kawasan di mana parti itu memang sudah sedia kuat selama ini.

Bahkan kata mereka, keadaan itu bukan sahaja membolehkan UMNO dan Najib terus kekal berkuasa, sebaliknya PAS juga mampu terus berkokok di Kelantan, Terengganu dan kawasan - kawasan majoriti Melayu yang telah lama mereka kuasai.. 

Namun, berikutan ketidak - mampuan bagi menubuhkan sebuah Kerajaan yang kuat, Najib dan UMNO tidak ada pilihan lain selain dari mengajak PAS mewujudkan hubungan kerjasama Politik demi untuk menubuhkan sebuah kerajaan campuran.

Hubungan yang sudah sedia terjalin serta mungkin juga disebabkan bantuan-bantuan lain yang diberikan kepada PAS sewaktu pilihanraya diadakan, akan menjadikan proses menubuhkan kerajaan campuran itu lebih mudah serta mustahil ditolak.

Tetapi apa yang jelas, dakwaan yang dibuat oleh PAN ini merupakan satu kekeliruan yang sengaja dicipta bagi menyemai sifat kebencian serta prasangka buruk terhadap PAS dan juga UMNO. Mungkin, tindakan mereka ini hanya sekadar taktik Politik yang mahu rakyat curiga terhadap kerjasama yang dijalinkan diantara orang Melayu!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Yang keliru bahkan salah ialah Pan. Sanggup jadi kaldai Dap dan lawan sama Melayu Islam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping