Khamis, Disember 08, 2016

Wow! Sampai ke tahap begitu sekali perbalahan yang berlaku diantara PAN dan PAS ni ye? Nampak gayanya, bahang perbalahan diantara kedua - dua parti itu sudah sampai ke satu tahap yang sangat membimbangkan pada ketika ini.

Semuanya hanya kerana Presiden PAS dilihat semakin bertambah 'Mesra' dengan pemimpin UMNO dan sekaligus membuatkan PAS seringkali menjadi sasaran utama kepada serangan pemimpin serta pengikut PAN diperingkat bawahan.

Jika sebelum ini, kelibat Presiden PAS itu dilihat turut serta hadir dalam Himpunan Ummah bagi menyatakan sokongan terbuka kepada isu berkaitan dengan kezaliman Rejim Myanmar ke atas masyarakat Islam terutama bagi etnik Rohingnya.

Ekoran daripada itu, ramai pemimpin dikalangan PAN dan DAPigs mula membuat tuduhan dan menyebarkan dakwaan kononnya PAS kini sudah semakin jelas menjalinkan hubungan kerjasama Politik dengan UMNO walaupun secara sulit.

Bahkan ada juga pemimpin dikalangan DAPigs yang turut memberi tekanan kepada PKR agar memutuskan hubungan dengan PAS sehingga ke peringkat pentadbiran Rejim Pakatan Selangor bagi menyatakan bantahan mereka secara terbuka.

Tidak kurang juga diperingkat akar umbi PAN yang dilihat semakin rancak melancarkan serangan terhadap PAS melalui aplikasi Whatsapp. Tuduh menuduh diantara mereka semakin bertambah rancak dan menjadi perbualan hangat.

Diantaranya, ada juga yang mendakwa, pendirian PAS mula bertambah berubah sejak Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia menyebabkan pemimpin parti itu 'Gila' mencari duit dan sanggup bersekongkol dengan UMNO.

Namun bagi pihak PAS, mereka tetap menyokong usaha yang dijalankan pimpinan parti mereka dan menganggap ianya sebagai satu perubahan ke arah penyatuan umat Islam memandangkan PAS kini sudah berusia lebih 60 tahun.
"Pembaharuan Politik memang kena ada dalam setiap organisasi. Takkan PAS dalam usia 60 tahun lebih masih kekal ditahap lama? Mesti kena ada pembaharuan.
"Isu yang ditimbulkan semuanya hanya permainan Politik Musuh PAS yang jealous dengan kejayaan PAS," jelas salah seorang pengikut PAS dalam kiriman group Whatsapp.
Malangnya, kenyataan yang dibuat oleh pengikut PAS itu disanggah oleh pengikut - pengikut PAN yang tetap mendakwa kononnya PAS dibawah kepimpinan Hadi Awang pada ketika ini sudah lari dari matlamat asal penubuhannya.
"Kenapa saya mesti tolak PAS? Pertama, perjuangan yang Hadi bawa sudah menyeleweng dari matlamat asal penubuhan PAS di Gunung Semanggol," jelas salah seorang pengikut PAN dalam group yang sama.
Melihat kepada kehangatan kedua - dua belah pihak itu yang membuatkan sesetengah dari mereka yang berada dalam group Whatsapp itu tidak dapat menerimanya sehingga ada yang terkeluar ayat, "PAN ni parti yang Allah tolak dari Parti Islam SeMalaysia".

Bayangkan. Hanya kerana tidak sehaluan dalam pandangan Politik, maka ada yang sanggup mengeluarkan ayat sedemikian? Nampak sangat kematangan Politik orang di Malaysia ni masih lagi mentah dan mereka tetap Taksub dengan semangat kepartian semata - mata sehingga tahap sanggup menggadaikan akidah sesama sendiri!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Kalah dlm pemilihan parti punya pasal lari buat parti baru. Lepas tu dok reka mcm2 alasan dan hujah. Nak jawatan sebenarnya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping