Selasa, Disember 06, 2016

Heh! Nampak gayanya PAS ni semakin hari semakin berani dan lantang membuat keputusan mereka berhubung isu berkaitan dengan soal kerjasama Politik bersama Pakatan Haprak tu. Tanpa ragu - ragu, mereka sudah buat keputusan.

Sebelum ini parti itu pernah didakwa sudah menjadi 'Pemakan Dedak' kepada Kerajaan Barisan Nasional oleh PPBM, dituduh menerima habuan sebanyak RM 90 juta dan dianggap sebagai sebuah parti 'Pengkhianat' oleh pemimpin PKR.

Bahkan PAS juga turut dilabelkan sebagai 'Musuh Utama' yang perlu diperangi oleh DAPigs dan PAN yang hampir setiap hari menyerang kepimpinan parti itu secara terbuka. Maka, tak heran la jika PAS buat keputusan dengan begitu pantas.

Jika sebelum ini PAS telah diberi 'Kata Dua' sama ada mereka mahu bersama - sama dengan Pakatan untuk menentang Barisan Nasional atau terus ditinggalkan keseorangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Maka wakil pemimpin parti itu tampil dengan memberikan keputusan yang memang sudah kita duga. Kata mereka PAS lebih rela bersendirian dari nak kembali bersama dengan puak Pakatan Haprak yang telah menghina mereka secara terbuka.

Bagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Zuhdi Marzuki mendakwa, Pakatan tidak perlu menunggu PAS untuk membuat keputusan mereka berhubung isu kerjasama Politik bagi menghadapi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum kelak.
"Dia (Mahathir) tak perlu tunggu PAS sebenarnya sebab kita sudah memang putus hubungan langsung dengan DAP dan Amanah. "Jadi untuk duduk sekali memang kita takkan boleh jadi pun. Sebab kita dah putuskan benda tu," katanya.
Pada masa sama, Zuhdi turut menempelak tuduhan yang dibuat oleh bekas Presiden Umno itu bahawa partinya mempunyai agenda tersembunyi untuk memberi kemenangan kepada Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Cuma tuduhan dia kita ada hubungan dengan Umno tu, terpulang pada dialah. Sebab kita sudah nyatakan lama sebelum ini bahawa PAS tidak bersama dengan Umno dan Pakatan Harapan.
"Kita akan duduk dalam blok lain. Kita ada blok yang ketiga. Kita bukan pembangkang yang tegar, dan kita bukan juga kerajaan yang tegar, kerajaan yang tak dengar cakap orang," tegas beliau.
Selain Zuhdi, Naib Presiden PAS Pusat juga turut melahirkan kenyataan yang hampir serupa dan menempelak pimpinan Pakatan Haprak tu secara terang - terangan dengan mendakwa PAS sudah lama menjadi Pembangkang di Malaysia.

Malah Naib Presiden PAS Pusat itu juga turut menasihatkan Pengerusi PPBM itu agar belajar menjadi pembangkang terlebih dahulu serta perlu ingat bahawa apa yang sedang berlaku pada hari ini adalah hasil daripada tangan dia juga sebelum ini.
“Kami dah lama jadi pembangkang, dia baru mula nak jadi pembangkang. Tak perlulah nak bagi tempoh kat kami, nak ajar kami..tak perlulah. Kena ingat apa yang berlaku hari ini pun hampir semua daripada tangan dia,” kata ahli Parlimen Bukit Gantang.
Pokok pangkalnya, PAS sudah pun membuat keputusan mereka sendiri iaitu mahu kekal bersendirian bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang. Nak pulak selepas mereka dihina berulang kali secara terbuka oleh pemimpin Pakatan Haprak tu sejak kebelakangan ini. Jadi tak payah la sibuk nak menagih sokongan dari mereka pulak!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. BAGUSLAH DAH BUAT KEPUTUSAN.
    Senang orang nak buat pilihan pru14 nanti.
    Jangan pula, bila tiba masanya nanti, buat U-TURN sekali lagi.
    Kesianlah umno.
    Kepada siapa NAJIB nak berharap, kalau bukan HADI.
    Tangan Hadi dah digengam erat.
    Semua orang dah nampak dua orang tua jantan
    bergengaman tangan.
    Tapi, tak tahulah kalau gengaman ni boleh
    kekal sampai PRU14.
    Apa-apa pun b oleh berlaku.
    Musuh boleh jadi kawan, kawan pun bolehjadi musuh.
    Kita sama-samalah tunggu.

    BalasPadam
  2. Wah!.SEMUT HITAM pun dah gerun nak terbitkan
    komen-komen pembaca.
    Tak ramai lagi kah penyokong NAJIB masuk sini.....???
    Apa nak kisah, seekor anjing boleh guna ANON,
    boleh register jadi Wagiah, keris b erayun atau kemboja!!!!

    BalasPadam
  3. Setakat parti dlm ph yg ada sekarang memang payah nak jatuhkan bn. Parti dlm ph bercakaran sama sendiri. Penyokong pun tak seberapa terutama pengundi Melayu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping