Heh! Kita ingatkan gah sangat parti Cap Bunga ni. Kalau tengokkan gayanya diorang ni berkokok siang malam seolah - olah diorang mampu nak 'patah - patahkan' Barisan Nasional tanpa bantuan daripada orang luar. Tapi hakikatnya, Memalukan!!!
Hari ini, Presiden PPBM yang tampil gah sebelum ini dilihat tak ubah seperti seorang 'Pengemis Jalanan' apabila dia terpaksa menagih simpati murahan dari kalangan puak Pakatan hanya untuk diberikan laluan bertanding dalam PRU akan datang.
Tindakan itu terpaksa dilakukan oleh Si Muhyiddin Yassin tu memandangkan PPBM tidak mempunyai kekuatan untuk berdiri diatas kaki mereka sendiri dan tidak ada sokongan diperingkat akar umbi sama seperti PAS, PAN mahupun DAPigs.
Maka sebab itu Si Muhyiddin tu terpaksa menagih simpati murahan dari PAN, DAPigs dan PKR bagi memastikan mereka membantu parti Cap Bunga tu dalam Pilihan Raya akan datang serta memberikan kerusi kepada partinya untuk bertanding.
Kata SI Muhyiddin, sekiranya PAN, DAPigs dan PKR mahupun PAS tidak memberikan sebarang kerusi untuk memastikan parti Cap Bunga itu bertanding, tidak ada gunanya mereka menandatangani perjanjian seperti yang dilakukan hari ini.
"Sebagai parti baru kita ingatkan diri kita, kita belum ada kerusi lagi, kita minta kawan-kawan kiri dan kanan menimbangkan ruang," katanya dalam sidang media sempena majlis tandatangan perjanjian kerjasama politik antara PPBM dan PH.
"Kalau tidak, tidak ke mana muafakat kita ini kalau hanya membantu dari bawah dan tidak memberi bantuan dari segi kawasan-kawasan yang kita boleh menangi," kata beliau lagi.
Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin itu membuktikan bahawa dia sendiri tidak yakin terhadap parti lain dalam Pakatan Haprak tu untuk memberikan laluan kepada parti Cap Bunga tu bertanding dalam Pilihan Raya akan datang.
Bahkan, tindakan mereka menandatangani perjanjian itu juga membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak ni tidak mempunyai kepercayaan sesama mereka sendiri untuk berkongsi kuasa sehingga terpaksa membuat perjanjian sedemikian. Itu belum dapat kuasa lagi, dah mula curiga sesama sendiri. Dah dapat kuasa nanti, jahanam la jawabnya!!!
Hebat lagi penyamun tarbus UMNO, masih dipuja dan dipuji.
BalasPadamHebat lagi bapak penyamun 22 tahun masih dipuja dan dipuji…
PadamBerapa juta duit kamu penyamun tarbus samun...Elok pun dia samun bagi kamu dlm bentuk BRIM...mcm Robin Hood...kamu tak ambil BRIM..kut kamu org yg awal2 beratur...kesian kamu
PadamBerapa juta duit kamu penyamun tarbus samun...Elok pun dia samun bagi kamu dlm bentuk BRIM...mcm Robin Hood...kamu tak ambil BRIM..kut kamu org yg awal2 beratur...kesian kamu
PadamWell said anon 8:48, sebenarnya ramai orang Melayu tak perasan di mana kekuatan UMNO pasca PRU13 kelmarin. Ketika pemimpin Pakatan Rakyat sibuk mencarigali "dosa dosa" UMNO utk di war warkan kepada rakyat Malaysia. Parti pembangkang juga sibuk mencari sokongan orang bukan Islam dengan cara mensyirikkan kalimah ALLAH sehingga terbentuknya orang Islam liberal yg perasan betul tetapi serba jahil. Lihat sahaja saudara Anwar yang sehingga sekarang masih belum mampu untuk menarik semula fatwa sesatnya yg mengatakan pihak Keristian boleh menggunakan kalimah ALLAH didalam buku Bible bahse Melayu.
PadamSila rujuk youtube https://www.youtube.com/watch?v=JMJjOKrirko NO PROBLEM katanya. Anwar Ibrahim: Isu Kalimah Allah https://www.youtube.com/watch?v=ma0EsCvc9z0
Orang Keristian tuhan biblical mereka tidak ada nama tetapi orang Keristian selesa utk menganggap tuhan mereka ada anak. Bila pemimpin yg mengak Islam izinkan dan redha pihak gereja utk gunakan nama Allah di dalam kitab sesat mereka. Tidak nampak kah kita bahawa ALLAH sudah ada anak pulak ikut fahaman gereja.
Alhamdulillah rupa rupanya masih ramai orang Melayu yang masih lagi orang Islam zahir dan batin. Mereka mampu untuk berfikir secara waras bahawa impact meyokong pembangkang adalah terlalu dahsyat sehingga melibatkan kepentinggan akidah iman kita di alam barzah kelak. Berhati hati lah di dalam memberi sokongan supaya jangan menyesal di kemudian hari nanti. Didalam kubur nanti kalau setakat kita tidak menyokong pemimpin DAPigs yg memang anti kepada ajaran islam, tuan tuan ingat mungkar nangkir ambil kisah ke? Cuba kalau kita kata kepada malaikat azab itu bahawa anda memang sokong pihak gereja utk syirikkan kalaimah ALLAH. Apakah tuan tuan ingat malaikat azab itu akan ucapkan tahniah ke kepada tuan tuan?