Sabtu, Disember 24, 2016

Mungkin dek kerana TAKUT puak DAPigs mengamuk ekoran tindakan PKR yang mahu menghalang PAN bertanding di Selangor membuatkan PKR mula menggelupor tak tentu arah dan menafikan kenyataan yang telah dibuat sebelum ini.

Ketua Penerangan PKR Selangor berkata, pihaknya tidak membuat sebarang keputusan untuk melarang PAN bertanding di Selangor dan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) seperti yang dilaporkan akhbar, baru-baru ini.

Sebaliknya, dia mengakui ada mencadangkan supaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberikan fokus dan tumpuan mereka di kawasan selatan Semenanjung atau negeri - negeri lain yang masih belum dikuasai pakatan pembangkang.
“PKR Selangor sangat bersetuju strategi satu lawan satu untuk berdepan BN (Barisan Nasional) dengan menyeru PPBM memberikan lebih fokus dan tumpuan di kawasan selatan Semenanjung atau negeri-negeri lain yang belum dikuasai pakatan (pembangkang).
“Bagaimanapun PKR Selangor akan akur dengan arahan daripada kepimpinan untuk melaksanakan sebarang kerjasama termasuk dalam pembahagian kerusi dengan PPBM,” katanya jepada Utusan Online hari ini.
Laman rasmi Kerajaan Negeri Selangor, Selangor Kini mengaitkan isu penafian Shuhaimi itu dengan isu cadangan Timbalan Presiden PKR Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang mencadangkan agar PKR dan PAN digabungkan.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, cadangan itu perlu diteliti kerana melibatkan soal kedinamikan parti dan pertubuhan yang demokratik perlu bersikap terbuka.
“Bagi saya, kita tak boleh ambil sikap acuh tak acuh atau ketepikannya (langsung). Cadangan berkenaan boleh dibincangkan dan pertimbangkan tetapi bukanlah kerana ada perebutan kerusi,” katanya.
Mengulas lanjut, Shuhaimi yang juga Setiausaha Politik Azmin berkata, isu pembahagian kerusi hanya akan ditentukan kepimpinan parti di peringkat pusat, manakala pihaknya bersedia memberikan sebarang cadangan bersesuaian secara tertutup.

Bagi sesetengah pihak, tindakan PKR melarang PAN dan PPBM bertanding di Selangor adalah untuk mengekalkan kedudukan mereka selaku peneraju utama pemerintahan Rejim Pakatan serta mempertahankan hubungan kerjasama dengan PAS.

Sebagai rekod, PKR Selangor sehingga ke hari ini masih enggan menuruti kehendak serta kemahuan DAPigs dan PAN yang mendesak mereka memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan PAS memandangkan parti itu sudah tidak bersama Pakatan. Ianya sekaligus membuktikan bahawa PKR masih condong kepada PAS untuk mendapatkan sokongan!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Kacau anak, bapak marah la..

    BalasPadam
  2. Tak payah tanding pun tak apa. Bubar lagi bagus. Hahaha 😂

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping