Khamis, Disember 15, 2016

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali hari ini tampil menyifatkan cadangan Rafizi Ramli mahu menjadikan Si Ketua Penipu tu sebagai Perdana Menteri Malaysia melalui pelan menyerupai “Langkah Kajang” adalah cubaan mempersenda minda rakyat.

Bekas rakan sekutu Tun Mahathir itu berkata, kenyataan yang dibuat oleh Si Rafizi itu seolah - olah memberikan gambaran bahawa puak Pakatan Pembangkang tu dah kehabisan orang berkebolehan yang layak menjadi Perdana Menteri.
“Ini semua menyusahkan rakyat dan membazir wang negara. Bukankah Rafizi yang selalu bercakap dan berjuang hendak menyelamatkan setiap sen wang rakyat. Apa istimewanya Anwar mesti jadi perdana menteri? Rekodnya semua orang tahu.
“Saya yakin langit tak runtuh di Malaysia jika Anwar tak jadi perdana menteri. Ramai lagi yang boleh jadi perdana menteri. Pada Rafizi sekolah-oleh Anwar sahaja yang layak? Dangkal dan kecilnya jiwa Rafizi ini.
“Saya ingat beliau benar-benar berilmu dan tidak memandang rendah tokoh lain. Kajang move 2.0 adalah langkah menyusahkan dan membazir wang rakyat serta negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Rafizi yang juga naib presiden PKR mencadangkan pelan menyerupai “Langkah Kajang” untuk membolehkan Si Ketua Penipu tu menjadi perdana menteri, sekiranya Pakatan menang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Rafizi berkata, selepas memenangi PRU, mereka boleh mengarahkan Ketua Setiausaha Negara menjadi "Ketua Kerajaan Sementara" memohon pengampunan diraja untuk Si Ketua Penipu tu yang kini dipenjarakan atas sabitan liwat bagi pihak kerajaan persekutuan baharu.

Ibrahim yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Mas berkata, mahkamah mendapati Anwar bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan itu adalah hakikat yang perlu diterima semua pihak, termasuk parti pembangkang.

Dalam pada itu, Ibrahim mempersoalkan jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga akan mendapat pengampunan jika mahkamah mendapati beliau bersalah terhadap 2 pertuduhan.
“Apakah semua banduan dalam penjara akan dapat pengampunan?” soalnya.
Dalam erti kata lainnya, cadangan yang dibuat oleh Si Rafizi tu menonjolkan sifat kebudak - budakkannya secara terbuka dan cuba nak memperbodohkan rakyat secara terang - terangan. Mungkin Si Rafizi tu ingat, nak melantik Perdana Menteri ni semudah melantik Ketua Kelas Tadika Pasti gamaknya!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Dah ada bukti meliwat. Tak payah jdi pm.

    BalasPadam
  2. kita memerlukan seorg peliwat tegar sbg PM msia.. barulah msia boleh.. lg pun anwar meliwat pembantu dia sendiri bukan pembantu najib.. sapa suruh jd pembantu anwar jika tak blh di liwat.. so lps ni jika anwar jd PM sapa nak jd pembantu PM sendiri kena ingat la.. jgn ckp tak tahu plak dia suka liwat..

    BalasPadam
  3. Hidup Anwar..Hidup Rafizi..Anwar next PM? Kajang 3?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping