Isnin, Januari 09, 2017

Nampak gayanya, isu berkaitan dengan kemelut pembahagian kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu masih lagi belum dapat diselesaikan dan dijangka akan berterusan sehingga PRU ke 14.

Jika dilihat setakat ini, parti komponen Pakatan Haprak tu sendiri masih lagi berebut kawasan demi nak menjaga kepentingan Politik Peribadi parti mereka sendiri. Bukannya untuk menjaga kebajikan rakyat.

Namun, Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) mengambil pendirian untuk tidak meletakkan calon di kerusi yang ditandingi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Timbalan presidennya, Datuk Hasyim Karim berkata dasar terbabit merupakan sebahagian daripada usaha untuk meneruskan kelangsungan dominasi kaum Melayu dalam politik.
"Di mana sahaja Umno bertanding kita akan berundur. Kita mahu pastikan dalam Parlimen, Melayu-Islam yang kawal," katanya dipetik The Malay Mail Online. 
BERJASA adalah merupakan salah satu parti komponen dalam blok ketiga yang diketuai oleh PAS, iaitu Gagasan Sejahtera (GAGASAN) selepas PAS ditendang keluar dari Pakatan sebelum ini.

Parti itu telah menyertai PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) membentuk GAGASAN pada bulan September tahun lalu, sebagai langkah persediaan untuk menghadapi PRU ke 14.

Walau bagaimanapun, keputusan bertanding itu tidak dijelaskan sama ada ianya merupakan keputusan rasmi GAGASAN atau sebaliknya. BERJASA adalah parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada tahun 1977.

Sebagai rekod, parti itu pernah bertanding di beberapa kerusi majoriti Melayu bagi Parlimen dan DUN dalam pilihan raya umum sebelum ini, tetapi tewas di semua kawasan yang ditandingi.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping