Jumaat, Januari 27, 2017

Bila terbaca cerita pasal PKR membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Tanjong Datu di Sarawak ni, muncul muka Si Nurul Izzah tu sepintas lalu dalam kepala otak.

Sebelum ini, PKR Sarawak telah membuat keputusan untuk tidak menghantar wakil mereka bertanding di DUN tersebut sebagai menghormati bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang telah meninggal dunia.

Antara alasan yang diberikan oleh Pengerusi PKR Sarawak ni, keputusan untuk tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil itu kelak adalah sebagai pengiktirafan terhadap pendirian dan dasar Allahyarham.

Tapi, apa yang masih membuatkan kita tertanya - tanya, adakah Si Nurul Izzah tu dah berjaya mencari "Dalang" yang menyebabkan PKR dan DAPigs bertanding dalam satu kawasan sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak diadakan?

Kalau dibaca semula kenyataan yang dibuat, bukan main beria - ia lagi Si Nurul Izzah tu berikrar mahu mencari "Dalang" yang menyebabkan pertandingan tiga penjuru itu berlaku diantara calon PKR dan DAPigs.

Sebagai rekod, PKR dan DAPigs telah sama - sama meletakkan seramai 6 orang calon bertanding di 6 kawasan kerusi DUN yang sama sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak itu diadakan sebelum ini.

Insiden itu telah menyebabkan Pengerusi DAPigs Sarawak menuduh PKR telah MENIPU mereka secara hidup - hidup. Manakala pemimpin PKR pulak mati - matian mendakwa DAPigs sebagai sebuah parti yang TAMAK.

Apa yang jelas, tindakan PKR dan DAPigs meletakkan calon dikerusi - kerusi tersebut telah mengakibatkan puak Pakatan Haprak tu tewas kepada calon Barisan Nasional dan GAGAL menambah bilangan kerusi.

Namun, apa yang menghairankan, kenapa sehingga hari ini isu mengenai 'Dalang' yang dinyatakan oleh Si Nurul Izzah itu tidak didedahkan kepada umum? Ke mana hilangnya ikrar dan janji yang telah dibuat sebelum ini?


Ke Si Nurul Izzah tu hanya sekadar pandai bercakap je. Bila tiba masa untuk berhadapan dengan realiti, dia takut nak berhadapan dengan puak DAPigs tu sehingga menyebabkan dia terpaksa berdiam diri?

Untuk sekian kalinya, isu berkaitan dengan pembahagian kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak ni terus menjadi topik yang hangat dikalangan rakyat. Nampak sangat yang gabungan pembangkang tu tak mampu nak berpakat dan hanya mementingkan diri mereka sendiri!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Biar Pan bertanding sbb parti tu mndapat sokongan ramai segenap lapisan masyarakat dunia.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping