Keengganan Si Lim Kit Siang memfailkan saman terhadap Tunku Aziz Tunku Ibrahim adalah disebabkan bimbang akan lebih banyak lagi pendedahan yang bakal dibongkar bekas naib pengerusi DAPigs itu.
Sehubungan itu, Dr Baharuddin Aziz tidak menolak kemungkinan tindakan Penasihat DAPigs itu adalah salah satu perkara yang 'cerdik' dengan hanya menyaman akhbar yang melaporkannya.
"Kalau Lim Kit Siang ambil tindakan undang-undang terhadap Tunku Aziz maka akan terbongkar lagi cerita DAP (pakatan sulit). Sebab itu Kit Siang takut untuk saman (Tunku Aziz). Dari sudut ini, Kit Siang (nampak) cerdiklah," katanya sinis.
Tambah Baharuddin, pendedahan yang dibuat oleh bekas pemimpin tinggi DAPigs itu bukanlah perkara yang asing memandangkan Tun Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu merupakan seorang pakar strategi.
Ujar Baharuddin lagi, merujuk kepada cara politik Mahathir selama ini, beliau secara terbuka dilihat mahu anaknya, Mukhriz menggantikan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang.
"Apa yang diketahui (pendedahan) Tunku Aziz, bukanlah perkara yang menghairankan. Umum juga mengetahui, Mahathir seorang pakar strategi.
"Dari perspektif itu, maka dia tidak masuk (blok pembangkang) secara suka-suka. Dia pasti ada strategi. Salah satu strateginya ialah kesinambungan pemerintahannya (Mukhriz).
"Apabila (perkara) ini dibongkar oleh Tunku Aziz, maka ia bukanlah satu perkara (yang) menghairankan," katanya.
Terdahulu Tunku Aziz mendedahkan wujudnya komplot membabitkan Kit Siang untuk menaikkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, jika pembangkang menang pilihan raya akan datang.
Ekoran daripada pendedahan tersebut, Kit Siang pada minggu lalu mengemukakan saman ke atas Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) selepas dua akhbar itu menyiarkan pendedahan Tunku Aziz.
Nak kuasa punya pasal. Habis jdi putar alam.
BalasPadam