Khamis, Januari 05, 2017

Kepimpinan Pakatan Haprak tu diminta untuk tidak terus berdiam diri berhubung kenyataan PAN yang mahu bertanding di 40 kerusi milik PAS dan PKR pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman hari ini menegaskan parti itu terbuka untuk menghormati keputusan pembangkang yang lain, sekiranya tidak menggugat kerusi mereka.

Tetapi ujarnya, jika perkara sebaliknya berlaku, maka PAS sudah pasti tidak akan teragak - agak untuk bertanding kerusi selain yang dimiliki parti itu dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
"PH kena buat pendirian berhubung kenyataan Amanah. Sekiranya PH menghormati PAS, nyatakan bahawa mereka menghormati kerusi-kerusi kita. Dan kita akan menghormati kerusi kawan-kawan kita dalam PH.
"Sekiranya PH menyatakan mereka bersedia mengambil kerusi (PAS) di Selangor, maka selari dengan konsep 'free for all', kita juga bersedia untuk masuk mana-mana kerusi di Selangor," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Naib Presiden PAS, Iskandar Abdul Samad pada minggu lalu mengajak PAN untuk 'sama-sama menanggung akibat' jika parti itu tetap mahu meletakkan calon di kerusi tradisi miliknya pada PRU14.

Ujarnya, PAS bersedia untuk turut sama menerokai kawasan baru jika PAN membuat langkah pertama dengan mengusik kerusi PAS.

Ekoran kenyataan itu, PAN kemudiannya secara terbuka memberitahu mahu bertanding kerusi DUN Chempaka, yang dimiliki Iskandar selepas mendakwa pemimpin PAS itu mengamalkan politik 'mengugut'.

Sehubungan dengan itu, Khairuddin mempersoalkan adakah tindakan Amanah ini mendapat persetujuan antara PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Persoalan besar, adakah PKR, PPBM dan DAP mengiktiraf kenyataan Amanah? Ini yang PAS Selangor hendak tahu. Ataupun ini hanya pandangan yang tidak diiktiraf oleh kawan-kawan dalam PH?," ujar ADUN Paya Jaras itu.
PAN menerusi Pengarah Komunikasinya baru-baru ini memberitahu partinya berminat untuk bertanding di 40 kerusi pada pilihan raya akan datang termasuk milik PKR dan PAS. Ujar Khalid, pemilikan kerusi tradisi yang selama ini dipertahan parti pembangkang tertentu sudah tidak relevan dengan suasana politik  hari ini.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping